Pergi selamanya, penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada usia 85 tahun

PENYANYI veteran Datuk M. Daud menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun pada pukul 4.40 petang tadi.

Pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak.

Khabar duka pemergiannya dikongsi cucu dikenali sebagai Hasnorikram di Instagram Story, yang jelas sangat terkesan dengan pemergian datuknya.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah,” katanya.

Penyanyi era 60an itu dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu dilaporkan dalam keadaan kurang stabil dan harus menjalani pembedahan pemotongan kaki. Namun tidak dapat dilakukan memandangkan tekanan darahnya yang tidak stabil.

Iklan
Iklan

Beliau sebelum itu pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah sesak nafas.

Baca juga: ‘Masalah paru-paru berair, suami masih lemah, tak boleh bercakap’- Isteri M. Daud Kilau

Baca juga: ‘Doakan kesihatan saya, andai saya pergi, sedekahkan al-Fatihah kepada saya.’-M. Daud Kilau

Baca juga: Betulkah mandi malam punca paru-paru berair, mitos atau fakta? Ini penjelasan sebenar

Untuk rekod, penyanyi legenda yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Gelek’ itu berdepan masalah kesihatan sejak enam tahun lalu. Antaranya, darah tinggi, kencing manis, kebas anggota kaki dan tangan.

Malah, Allahyarham juga pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lepas.

Anak kelahiran Bagan Datuk itu mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio Singapura pada 1968.

Bertitik tolak kemenangan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek dan Sirih Pinang itu berpeluang menjadi artis rakaman,menghasilkan pelbagai album berkonsepkan langgam, asli dan dangdut.

Pada 1985, beliau menjuarai kategori asli dalam Pesta Dendang Rakyat. Atas sumbangan dan jasanya kepada dunia seni tempatan, beliau dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak pada 1991.

Salam takziah buat keluarga isteri Allahyarham, isterinya, Datin Rohani Awang Ngah dan seluruh keluarga. Al-Fatihah.

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

1 hour ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

4 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

5 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

6 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

10 hours ago