Saya kini tidak lupakan solat – Mamat Exists

SELEPAS kontroversi demi kontroversi yang menimpanya, Mamat, bekas vokalis Exists, tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan berusaha menjadi insan lebih baik, sekali gus membina hidup baharu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin, 42, yang sebelum ini berdepan masalah penyalahgunaan dadah turut menjalani rawatan pemulihan di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) pada Oktober tahun lalu.

“Ketika bersama Pengasih saya banyak menjalani sesi kaunseling selain beberapa aktiviti yang disediakan di sana.

Iklan
Iklan

“Alhamdulillah saya kini tidak lupakan solat dan bersyukur dengan keyakinan yang ALLAH berikan untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Unsur negatif semakin berkurangan dalam diri saya, sebaliknya perkara-perkara positif mula memberikan kebaikan,” kata Mamat Exists kepada Sinar Harian.

Menurut penyanyi kelahiran Johor Bahru itu, sehingga kini dia masih berhubung dengan pihak pengasih untuk terus mendapat dorongan dan sokongan.

“Pemulihan yang diberikan sungguh baik dan saya betul-betul berterima kasih kepada mereka. Kini saya baru nampak jalan yang seharusnya saya pilih dalam hidup.

“Bagaimanapun saya sebolehnya tidak mahu lagi mengungkit kisah lalu. Memang sebelum ini saya nakal, buat benda yang kita tidak tahu kesannya.

“Sekarang bila dah melalui semua itu dan sedar apa kesudahannya, maka pilihlah mana yang baik dan buruk,” katanya yang ditemui pada sidang media Nusa Fest baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mamat yang juga merupakan bapa tunggal kepada tiga cahaya mata itu, berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi.

“Calonnya sudah ada, cuma belum ada ketetapan yang pasti tentang tarikh untuk kahwin. Mungkin masanya sudah tiba kerana saya sudah menduda sejak lebih 12 tahun lalu.

“Saya mengenalinya sudah lama kerana dialah yang banyak memberi sokongan moral dan inspirasi untuk saya mengenal erti kebaikan dan hormat kepada diri sendiri.

“Saya harap ia akan menjadi permulaan baik dalam hidup saya. Saya tidak mahu ada masalah lain lagi selepas ini dan melukakan keluarga, sahabat handai dan peminat yang mengenali saya,” tegas Mamat.

Share
Azliyana

Biodata Penulis

Published by
Azliyana

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

2 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

3 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

6 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

8 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago