Hiburan

Sedih ibu dihina warganet, Anna Jobling minta jangan ganggu keluarga

ANNA Jobling, pelakon jelita sedang meningkat naik selepas menempa populariti menerusi drama Melur Untuk Firdaus mengakui sedih apabila ibu dihina warganet.

Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling ini merupakan pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/2019 telah membintangi beberapa drama seperti Shah Alam 40000 dan Oh My Hantaran.

Anak tunggal kepada pasangan Maria dan Abdul Rahman baru-baru ini tersentuh apabila wujud komen memburukkan ibunya di laman sosial TikTok.

Menjadi mangsa buli siber, Anna meminta agar tidak melibatkan keluarganya.

“Kenapa perlu menghina emak orang sampai begitu, can you just respect my family. Jika nak cakap sesuatu beritahu saya sahaja.

“Kami tidak kacau sesiapa. Apa rasa jika seseorang tidak menghormati ibu anda?” katanya yang mengakui sedih tentang hal itu.

Baca juga: Anna Jobling cabar diri, timba ilmu baharu di pentas teater

Baca juga: Melur Untuk Firdaus terus tarik perhatian

Anna yang telah berbincang dengan ibunya tentang perkara itu bersikap positif. Beliau enggan mengambil tindakan lanjut.

“Alhamdulillah ibu saya seorang yang kuat. Dia tidak kisah tentang perkara lain dan fokus kepada saya, “ tuturnya yang terharu para peminat yang memberikan sokongan.

Ketika temu ramah bersama SinarPlus, Anna memberitahu dirinya lebih selesa andai kisah peribadi keluarganya hanya milik mereka sekeluarga, bukan untuk dikongsi dengan masyarakat.

Baca juga: Selepas Anna Jobling, giliran Meerqeen tercalon

 

“Saya mohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai mereka. Ibu dan ayah memilih untuk tidak terlalu menonjol di media dan saya bimbang hal ini akan membuatkan mereka berasa kurang selesa.

“Pun demikian, mereka berdua merupakan tulang belakang dan sentiasa menyokong apa yang saya inginkan dalam hidup ini,” luahnya.

Justeru, sebagai pengguna laman sosial hormatilah orang lain. Jagalah tutur kata dan lisan di alam maya yang memberikan kebebasan untuk bersuara tanpa dikenali. Semoga perkara seumpama ini tidak berulang lagi.

Baca juga: Alami ruam merah satu badan, Anna Jobling dimasukkan ke hospital

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Wartawan SinarPlus

Share
Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

Bahaya tali layang-layang setajam pisau cukur, enam maut leher terkelar termasuk kanak-kanak

SIAPA sangka layang-layang pun boleh jadi punca kematian. Sebuah festival layang-layang sempena perayaan bertukar tragedi…

2 hours ago

Miliki harta lebih RM3 bilion, Shah Rukh Khan pelakon keempat terkaya dunia

RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan bukan sahaja popular, malah turut tersenarai antara 10 pelakon terkaya…

3 hours ago

Comelnya! Dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150, reaksi kanak-kanak buat ibu terkejut

BANTUAN Awal Persekolahan atau ringkasnya BAP diterima semua murid semua sejak 17 Januari 2023 lalu.…

6 hours ago

Kejamnya ibu! Anak setahun maut dicekik, ditekup dengan bantal, berikut 11 fakta kejadian

Kejamnya ibu! Anak setahun maut dicekik, ditekup dengan bantal, berikut 11 fakta kejadian TERGAMAKNYA hati…

8 hours ago

Betul ke makan panadol boleh sakit buah pinggang? 7 info Dr Malar jelaskan kekeliruan

BETULKAH memakan ubat penahan sakit akan mengakibatkan masalah kepada buah pinggang? Ramai yang mengalami masalah…

8 hours ago

Botol plastik kena panas hasilkan kimia, ini 5 keadaan air elakkan anak minum

BOTOL plastik memang tak 'lari ' dengan kehidupan kita. Biasanya yang paling dekat adalah botol…

10 hours ago