Semakin pulih, Nabila Razali sahkan buat persembahan di AJL35

PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali mengesahkan akan menyampaikan sendiri lagunya, Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dijangka berlangsung Februari depan.

Jelas Nabila, biarpun kesihatannya belum pulih sepenuhnya, namun keadaannya kini semakin baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah ya, saya akan terlibat secara langsung di malam final AJL35. Kesihatan saya semakin pulih, tetapi saya masih lagi dalam tempoh recovery,” katanya kepada Sinarplus

Iklan
Iklan
.

Bukan itu sahaja, demi memberi komitmen penuh dan persediaan untuk ke pentas AJL35, Nabila mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.

“Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan maaf kepada pihak produksi dan penerbit kerana terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan buat masa ini sehingga hujung Januari kerana saya mahu fokus pada persiapan AJL35.

“Saya juga yakin penyanyi yang lain ada persiapan mereka tersendiri, tetapi memandangkan ini  pertama kali saya terlibat dlm AJL35, jadi sudah tentu saya perlu membuat persiapan yang lebih supaya dapat memberi persembahan yang baik dan impak kepada penonton.

“Ini adalah impian saya untuk menjejakkan kaki ke pentas AJL dan alhamdulillah ia jadi kenyataan,” katanya yang turut berterima kasih kepada komposer Peluang Kedua iaitu Hael Husaini dan MFMF kerana menghasilkan lagu yang disifatkan sebagai ‘AJL Material’.

Nabila bersama Hael.

Sebelum ini, Nabila terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM34) atas masalah kesihatan dan setelah mendapat nasihat doktor dan gurul vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Tempat Nabila kemudiannya diganti Hael sendiri. Selain lagu Peluang Kedua, dua lagi lagu ciptaan Hael iaitu Hati dan Belenggu Rindu layak mara ke AJL35.

Share
Aqmar Mustaza

 

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

7 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

8 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago