Shuib lalui proses siasatan selama 23 jam di SPRM

Shuib Sepahtu & Siti Sarah
Shuib Sepahtu & Siti Sarah
A
A
A

SEMALAM hangat diperkatakan mengenai pasangan selebriti pelawak Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah yang dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan siasatan penggubahan wang haram.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 36, menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi meluahkan rasa syukur apabila proses tersebut berjalan lancar.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri.  Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA.

“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelawak yang juga seorang usahawan itu menganggap apa yang berlaku sebagai satu dugaan buatnya dalam bidang perniagaan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes.  Doakan perniagaan #BubbleBee kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang.

“U pray for the Rain, u have to deal with the mud also,” katanya.

 

(FOTO: Instagram Shuib Sepahtu)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca