Sumbangan 15 hari sebelum meninggal, nama Siti Sarah diabadikan surau, dewan rumah anak yatim

ALLAHYARHAM Siti Sarah Raissudin diabadikan sebagai nama sebahagian nama ruang solat dan dewan rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang.

Perkara itu dikongsikan suami Allahyarham Siti Sarah, Shuib menerusi laman sosial Instagram.

Katanya, Allahyarham diberi peluang memberi sumbangan untuk pembinaan surau dan dewan semasa kunjungan mereka ke sana pada 25 Julai 2021.

Pada 12 Mac, Shuib dan keluarga ke rumah anak yatim itu sekali lagi selepas pembinaan siap.

Shuib sayu mengenangkan Siti Sarah pegi dulu sebelum sempat melihat fasiliti hasil sumbangan siap sepenuhnya. Bagaimanapun dia terharu apabila nama isterinya diabadikan di sana.

Iklan
Iklan

Baca juga: Akhirnya Dapat Bertemu Ayash Affan, Shuib Teringat Pesanan Siti Sarah

“Rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana surau dan dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu.

“Maka diberi lah nama Musalla dan Dewan Serba Guna Sarah Muslim Al-Attas. Syukur Alhamdulillah, hadiah buat you sayang. Rezeki you, Alhamdulillah.

“Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah, yakin dan suka dengan sedekah. Semoga pahala terus mengalir untuk you sayang,” titip Shuib.

Difahamkan selain penghuni rumah kebajikan tersebut, surau berkenaan boleh digunakan oleh orang kampung yang tinggal berhampiran.

Lebih menyentuh hati, menurut Shuib, rumah anak yatim itu adalah tempat terakhir dia dan Allahyarham keluar bersama iaitu kira-kira 15 hari sebelum menghembus nafas terakhir pada 9 Ogos 2021.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia susulan jangkitan Covid-19.

Allahyarham sebelum itu menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash

ketika kandungannya berusia lapan bulan.

Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011 dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan berusia 5 bulan.

Semoga sifat pemurah Siti Sarah ini boleh dijadikan inspirasi dan contoh buat kita semua.

Baca juga: Shuib Pegang Amanat Akhir Siti Sarah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

8 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago