Tahun terakhir Aizat beraya solo

SUNGGUHPUN sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat kembali diraikan meriah sebagaimana sebelum pandemik Covid-19, penyanyi Aizat Amdan mengakui tetap menyambutnya secara sederhana.

Aizat, 33, yang menyambut 1 Syawal bersama keluarganya di Kuala Lumpur berkata, persiapan yang dilakukan hanyalah biasa-biasa sahaja kerana tumpuan lebih kepada rasa teruja untuk kembali bertemu saudara-mara terdekat.

Iklan
Iklan

“Ramadan dan raya tahun ini sangat istimewa kerana kita semua dapat kembali menjalani rutin yang biasa dilakukan pada tahun-tahun sebelum pandemik.

“Dapat tarawih di masjid, dapat pergi bazar Ramadan dan paling penting raya nanti semua orang dah dapat beraya di kampung halaman masing-masing tanpa sekatan.

“Saya sendiri biarpun hanya beraya di Kuala Lumpur, tetapi tetap rasa tak sabar untuk beraya dan menziarahi saudara-mara yang kebanyakkan memang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, semestinya mahu menziarahi pusara arwah bapa pada 1 Syawal nanti,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi Hanya Kau Yang Mampu

itu juga berkongsi perkhabaran gembira bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Elyssa Alia, 34, pada tahun ini.

“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar sebagaimana dirancang, raya tahun ini adalah yang terakhir saya beraya sebagai orang bujang. Harap semua dapat doakan kami.

“Jadi raya tahun ini memang saya akan fokus kepada keluarga dan cipta lebih banyak kenangan bersama mereka.

“Teringat raya tahun lalu, kami buat photoshoot sendiri untuk kenangan raya. Selalunya saya buat bersama majalah atau surat khabar, tetapi disebabkan pandemik buat sendiri untuk keluarga pula,” akhirinya.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

7 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

8 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

8 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

13 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

14 hours ago