Tiada lagi Kak Lina Pom Pom di GV, Elly Mazlein umum undur diri sebagai pengacara All Stars Gegar Vaganza

ELLY Mazlein atau lebih dikenali dengan nama timangan Kak Lina umumkan mengundurkan diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza.

Baharu melepasi minggu ketiga, pengunduran pengacara terkenal itu diumumkan oleh stesen televisyen Astro.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi.

Baca juga: Elly Mazlein semakin laris, berkorban demi masa depan keluarga

“Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza

Iklan
Iklan
atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.

“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.

“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Dalam kenyataan sama, Kak Lina turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya.

“Insya-ALLAH, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,” kata Kak Lina.

Bac ajuga: Mana tahu suatu hari nanti, mereka akan sukakan saya.’ – Elly Mazlein

All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding.

Kak Lina atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi,42, mula menjadi pengacara jemputan Gegar Vaganza musim kelapan sebelum menjadi hos bersama musim kesembilan dan All Stars Gegar Vaganza.

Beliau sendiri adalah peserta Gegar vaganza musim ketiga.

Bca juga: Teruja hos AJL37, Jihan kembali selepas setahun berehat

Sumber: Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

12 mins ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

2 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

6 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

7 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

8 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

8 hours ago