Warga maya semakin berubah – Mira Filzah

MEDIA sosial sejak akhir-akhir ini menjadi antara medium penting untuk berkongsi atau menyampaikan apa sahaja maklumat.

Namun, platform itu juga boleh menjadi ‘tempat‘ yang menakutkan apabila ramai pengguna menjadikan ia sebagai medium untuk membuli.

Bahkan, jika tersilap percaturan atau perkongsian, ia boleh mengundang salah faham sehingga memberi implikasi negatif kepada sesiapa sahaja yang terlibat.

Walaupun apa yang dimuat naik sepatutnya menjadi hak peribadi, namun sikap berlebihan segelintir netizen yang cepat menghukum membuatkan situasi akan menjadi cacamarba.

Dek kerana itulah, ramai pengguna terutamanya golongan selebriti atau individu yang dikenali ramai memilih untuk lebih berhati-hati berkongsi apa sahaja perkara di media sosial.

Perkara itu juga diakui pelakon dan pengacara, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman.

Iklan
Iklan

Menurut Mira, 29, antara salah satu faktor beliau lebih berhati-hati ketika memuat naik sebarang entri, waima mengenai putera sulungnya, Wan Khair Amir Wan Emir Astar adalah disebabkan trend berbeza pengguna media sosial pada masa kini.

“Sebelum ini saya akan dapat maklum balas yang positif tetapi selepas musim pandemik, saya rasa semua itu sudah jauh berubah.

“Kadangkala saya suka berinteraksi dengan peminat menerusi medium soal jawab. Biasalah ibu muda seperti saya juga suka dapat input dan tip daripada pengikut sosial media.

“Pun demikian, ada pihak yang memanipulasi (perkongsian) sehingga mengundang salah faham kepada mereka yang tidak mengikuti saya. Perkara itu akan membuatkan saya lebih berhati-hati termasuk hal tentang anak kerana tak mahu timbul isu lain pula nanti,“ katanya kepada SinarPlus ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu Secret Recipe.

Namun, ujar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar itu, ketakutan tersebut tidak menghalangnya untuk berkongsi wajah si anak apabila tiba masa yang sesuai.

Buah hati pengarang jantung Mira dan Emir, Wan Khair Amir.

Tiada sebab untuk menyembunyikan wajah permata hati, namun selebriti tersebut berkata, dirinya sedang menunggu lampu hijau daripada suami tercinta.

Dalam pada itu, ungkap Mira, beliau tidak menjangka pengikut Instagram Amir yang kini berusia tiga bulan sudah mencecah 50,000 orang.

Baca juga Mira Filzah menangis lagi, anak lelaki positif Covid-19

Berbelah bahagi

Ditebak mengenai perjalanan karier seninya pula, pelakon yang pernah melonjak menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Sweet Dreams itu mengakui masih belum kembali aktif sepenuhnya.

Ujar Mira, buat masa ini, beliau banyak memberi tumpuan kepada tugas sebagai duta beberapa jenama terkenal.

“Bagi saya, ini adalah salah satu cara untuk saya seimbangkan karier seni. Disebabkan saya masih belum kembali aktif berlakon, sekurang-kurangnya orang akan nampak wajah saya di tepi jalan, majalah, atau restoran.

“Saya masih terima tawaran berlakon. Cuma saya rasa belum tiba masanya lagi untuk kembali ke set penggambaran sebab saya tahu gerak kerja dalam lakonan macam mana, ambil masa dua ke tiga bulan, kerja pagi sampai ke malam,” kata beliau yang mahu memastikan ada pihak yang betul-betul boleh menjaga anaknya ketika bekerja.

Buat masa sekarang, beritahu pelakon jelita itu, beliau akan meminta bantuan ibunya jika ada perkara penting yang perlu dilakukan.

“Insya-ALLAH sekiranya dah ada orang boleh jagakan Amir dan tawaran yang diterima betul-betul menarik, saya pasti akan kembali berlakon.

“Buat masa sekarang, saya masih rasa berbelah bahagi untuk tinggalkan Amir,“ ujarnya sambil tersenyum manis.

Sementara itu, mengenai pemilihannya sebagai wajah baharu Secret Recipe, Mira berkata, beliau akan bersama jenama yang terkenal dengan kek itu selama setahun.

Mira kini menjadi duta terbaharu Secret Recipe selama setahun. (Foto : Halim Wahid)

“Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik untuk menerima tawaran ini adalah kerana saya akan dapat kek percuma selama setahun (ketawa).

“Antara faktor lainnya tentulah kerana Secret Recipe sebagai salah satu jenama yang semua orang kenal. Saya bersyukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian jenama ini, sekali gus memberi kesan yang baik kepada kerjaya dan imej saya,” tuturnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

9 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

10 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

12 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago