Zul Ariffin tolak tawaran berlakon drama seksi, peluk wanita

Zul Ariffin tolak tawaran berlakon drama seksi, peluk wanita

UMUM mengetahui pelakon tampan, Zul Ariffin telah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah pada Jun lalu.

Ekoran itu, jejaka berusia 37 tahun itu kini menyatakan dirinya tidak mahu lagi terlibat dalam watak seksi dan adegan peluk wanita.

Pun begitu, bintang filem J Revolusi itu mengakui dirinya masih lagi terlibat dalam dunia lakonan.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut dikongsi penerbit, Fadzil Teh sebentar tadi di laman Facebooknya.

“Dua tiga hari sudah aku dok bersembang dengan aktor Haji Zul Ariffin. Duk offer la watak-watak untuk drama siri baru.

“Zul bagitau dia berlakon lagi tapi tak mau dah watak watak seksi, peluk-peluk semua.

Baca juga “Saya rasa tenang dan selesa dengan kehidupan baharu ini” – Zul Ariffin

 

“Aku kata okey ambik watak ni dia tak ada rogol, gomoi perempuan, dia kata minta maaf haji saya tak nak terlibat lagi cerita-cerita macam ni.

“Lepas tu aku terfikir dan aku pula malu sendiri. Aku pun terus telefon orang kuat TV tu minta kita buang plot story yang agak seksi. Depa setuju.

“Aku pernah janji dengan diri aku tak nak dah terbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya. Tapi tu la kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia glamour ni. Terima kasih haji Zul Ariffin,” coretnya.

Baca juga Zul Ariffin berhijrah ke Makkah

Zul sebelum ini sudah tiga kali menunaikan ibadah umrah sejak Ogos tahun lalu dan pernah dilaporkan, merancang untuk berhijrah ke Kota Mekah.

Alhamdulillah! Tahniah Zul Ariffin moga istiqamah.

Sumber: Fadzil Teh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

3 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

6 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

6 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

8 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

12 hours ago