• Monday , 25 May 2020

Hikmah PKP: Tanah kosong jadi kebun subur tarik perhatian warganet

May 22, 2020
Arziana Mohmad Azaman

BERBUDI pada tanah pasti berbuahkan hasil. Buktinya, kebun sekangkang kera ‘meriah’ dengan pelbagai jenis tanaman sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Inisiatif hasil tangan Nasirah Abu Seman atau nama Facebooknya, Sera Liey ternyata memukau pandangan warganet dengan hasil tanaman gemuk-gemuk.

Berkongsi dalam satu hantaran dalam group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (KBJTS), Nasirah memaparkan transformasi kawasan tanah kosong yang kemudiannya dipenuhi tanaman sayur dan bunga.

kebun pkp

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Saya nak share suasana kebun kecil saya sepanjang pkp.”

Barangkali, masa luang sepanjang PKP dimanfaatkan sebaiknya sehingga terbinanya syurga makanan buat dia sekeluarga yang hanyalah di tanah kosong sebelah rumahnya.

Apa yang menarik, jika diteliti kesemua pokok-pokoknya sangat subur dan membesar penuh kehijauan.

kebun pkp

Ramai rakan facebooknya bertanyakan rahsia tanaman hidup subur dan gemuk. Tidak kurang ada yang memuji kekemasan tanaman yang cantik mata memandang.

“Wahhhh cantiknya.. sejuk mata tengok.. berubah terus 360 darjah dengan emoji tanda bagus.” – Nurnadila Yusuff

kebun pkp

“Wow. Jauh berbeza dari sblm PKP. Meriah dgn tanaman. Mesti hati pun berhunga bunga tengok laman ni.” – Elle Elle Loren

“Puas hatinya tengok gambar ni.. sendiri buat fail.. tabur tabur tak hidup hee…” – Alish Shahab

Komen

About Arziana Mohmad Azaman

Biodata Penulis