• Monday , 25 May 2020

Ratu cantik turun padang bantu kempen membaca sambil beramal

May 11, 2020
Arziana Mohmad Azaman

SERONOKNYA dapat membantu golongan kanak-kanak memerlukan sambil menyemarakkan budaya membaca hanya di hujung jari sahaja!

Ratu cantik Malaysia seperti Deborah Henry, Carey Ng dan Steve Yap pun tidak lepaskan peluang bersama menjayakan kempen menarik ini.

Kempen SaveWithStoriesMY yang dicetuskan selebriti di Amerika Syarikat melalui akaun Instagram itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Menariknya, usaha murni yang dijalankan AFO Radio dengan kerjasama Kiwanis Malaysia, Traqkid dan VGI Transit itu adalah kempen versi Malaysia dengan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan English.

Apa yang paling wow, kempen yang turut dijayakan selebriti, penyampai radio dan individu terkenal itu akan menerangkan melalui video bagaimana orang ramai boleh menyumbang dana bermula RM15 hanya di hujung jari.

kempen SaveWithStoriesMY

Bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak dengan buku pilihan, bahkan cerita yang dibaca mampu memberikan inspirasi kepada penonton dan pendengar.

Ketua Pegawai Eksekutif AFO Radio, William Lim menjelaskan, ramai orang mengambil peluang sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membantu mereka yang memerlukan.

kempen SaveWithStoriesMY

“Jadi kami mahu menjadi sebahagian daripada usaha murni itu dan melalui kempen Save With Stories atas talian, kami mahu wujudkan kesedaran membaca sambil menderma.

“Kerjasama Kiwanis Malaysia, Traqkid dan VGI Transit juga dapat bantu wujudkan kesedaran kepentingan budaya membaca dalam pendidikan sambil menyumbang dana kewangan.

“Lagi menarik, selebriti yang terlibat juga akan bersama anak mereka untuk membaca bersama,” jelasnya yang memaklumkan kempen bermula sejak Jumaat lalu.

kempen SaveWithStoriesMY

Bagi Gabenor Kiwanis Malaysia, Dr Laurence Lim, pihaknya optimis menyasarkan sumbangan dana kempen SaveWithStoriesMY itu sebanyak RM100,000.

“Dana itu nanti boleh digunakan untuk meneruskan usaha kami dalam menyediakan kemudahan pendidikan dan bantuan makanan kepada kanak-kanak memerlukan.

Artikel berkaitan: Gadis tiada lengan pun berdikari, pandu kereta sendiri

“Kiwanis juga melancarkan beberapa projek digital untuk memudahkan sumbangan dana demi menyokong usaha kelab dan komuniti sejak 18 bulan lalu termasuk dana lebih RM40,000 untuk keluarga yang terjejas dek pandemik Covid-19,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu, bolehlah layari:

 

 

 

 

Komen

About Arziana Mohmad Azaman

Biodata Penulis