BENCANA banjir melanda negara tanpa henti. Pahang antara negeri di pantai Timur yang bergelut dengan kenaikan paras air di sembilan daerah.
Foto dan video situasi banjir di Pahang berlegar di media sosial benar-benar menggerunkan.
Masakan tidak, paras air banjir mencecah ketinggian yang luar biasa. Malah di sesetengah lokasi ia melepasi bumbung rumah. Bahkan ada kediaman dua tingkat juga turut tenggelam.
Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara
Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 42,272 mangsa melibatkan 1, 561 keluarga banjir ditempatkan di 277 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Daerah di negeri itu dilanda banjir ialah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Memetik portal berita tempatan, banjir yang melanda Pahang sejak hujung minggu lalu telah meragut 11 nyawa setakat ini.
Susulan kenaikan paras air, laluan lebuh raya utama Pahang yang dinaiki air di Bentong ke Karak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lanchang ke Temerloh di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) masih tidak boleh dilalui kenderaan di kedua-dua hala, menurut Lebuhraya Pantai Timur menerusi catatan di Facebook.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Yusoof, sebanyak lapan kematian direkodkan di Bentong, dua di Kuantan dan satu di Raub.
Pahang pernah dilanda banjir pada tahun 1971 hingga ia digelarkan ‘ibu’ kepada segala banjir di Pahang.
Menurut sumber, peristiwa banjir 1971 menyaksikan beratus-ratus kenderaan tersadai apabila jabatan berdekatan Maran runtuh. Susulan itu, feri digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.
Berikut 10 foto situasi banjir di Pahang.
Baca juga: Mydin Mart Sri Muda Dipecah Masuk, Pengarah Urusan Halalkan Demi Kelangsungan Hidup
Sumber: Bernama, Pahang Media, Vocab Pahang, Jabatan Bomba Penyelamat Pahang, Lebuhraya Pantai Timur
SIAPA sangka layang-layang pun boleh jadi punca kematian. Sebuah festival layang-layang sempena perayaan bertukar tragedi…
RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan bukan sahaja popular, malah turut tersenarai antara 10 pelakon terkaya…
BANTUAN Awal Persekolahan atau ringkasnya BAP diterima semua murid semua sejak 17 Januari 2023 lalu.…
Kejamnya ibu! Anak setahun maut dicekik, ditekup dengan bantal, berikut 11 fakta kejadian TERGAMAKNYA hati…
BETULKAH memakan ubat penahan sakit akan mengakibatkan masalah kepada buah pinggang? Ramai yang mengalami masalah…
BOTOL plastik memang tak 'lari ' dengan kehidupan kita. Biasanya yang paling dekat adalah botol…