Bekas atlet kini berkerusi roda, jual 1,000 botol Ayaq Petak setiap minggu

AKIBAT terlibat dalam kemalangan jalan raya, bekas perejam negara sukan bola takraw akhirnya terpaksa berkerusi roda untuk meneruskan hidup setelah disahkan lumpuh dan tidak boleh berjalan.

Jika dahulu aksi tangkasnya merejam bola takraw di gelanggang sudah pasti digeruni pihak lawan namun kini beliau ligat mengusahakan perniagaan meskipun terpaksa berkerusi roda.

Muhammad Kamal Ishak, 27, adalah antara perejam negara yang membantu Malaysia meraih pingat perak acara regu berpasukan di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Bak kata pepatah ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, Muhammad Kamal tidak mahu menjadikan kecacatan yang dialami mematahkan semangat beliau untuk meneruskan kehidupan.

Iklan
Iklan

Memetik laporan portal media tempatan, pada mulanya Muhammad Kamal merasakan dia tidak mempunyai harapan dan dunia yang dilihat dianggap gelap.

“Selepas dapat tahu saya tidak boleh berjalan, kira-kira tiga bulan jugalah saya ambil masa untuk menerima hakikat itu.

“Saya berasa sangat sedih kerana memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib isteri yang ketika kejadian itu (kemalangan) sedang hamil tiga bulan. Alhamdulillah, anak perempuan kami sihat dan kini sudah berumur setahun empat bulan,” katanya.

Kemalangan jalan raya pada Februari tahun lepas menyebabkan Muhammad Kamal mengalami kecederaan serius di bahagian pinggang dan tengkuk sehingga terpaksa menjalani pembedahan saraf tengkuk, sementara isterinya, Nik Norzilawati Nik Wil cuma mengalami kecederaan ringan dan kandungannya juga selamat.

Untuk kembali menempuh ranjau kehidupan ini, isteri, keluarga, rakan-rakan dan teman sepasukannya banyak memberi sokongan moral.

Tidak mudah berputus asa, Muhammad Kamal akhirnya mengambil keputusan untuk bangkit kembali dan menceburi bidang perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Muhammad Kamal dilaporkan pernah mencuba bidang perniagaan seperti percetakan baju dan yang terkini mengusahakan perniagaan minuman botol dikenali sebagai ‘Ayaq Petak’ yang semakin mendapat perhatian pasaran tempatan.

Bekas pemain skuad Black Panthers Pulau Pinang dalam Liga Sepak Takraw (STL) itu juga berkata, jenama Ayaq Petak itu timbul kerana pada mulanya beliau berhasrat memasarkan produk minuman dalam botol berbentuk petak, bagaimanapun tidak memperoleh botol yang dikehendaki atas sebab teknikal dan mengambil keputusan mengekalkan nama itu sebagai strategi pemasaran.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, walaupun perniagaan produk minumannya itu baru dilancarkan bulan lepas tetapi mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan, bukan sahaja dari Pulau Pinang tetapi juga Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain.

Katanya, produk minuman yang dijual pada harga RM7 dalam botol bersaiz 500 mililiter (ml) itu boleh didapati dalam lima perisa iaitu Matcha Leleh, Kopi Atok Kaww, Jagung Manis, Mata Kucing Juling dan Cocoa Jumbo.

Bagi merancang perniagaan untuk pergi lebih jauh, Muhammad Kamal kini giat mencari ejen di luar Pulau Pinang bagi memudahkan urusan jualan.

Beliau juga bercadang untuk mengeluarkan sebanyak 1,000 botol Ayaq Petak setiap minggu bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Tahniah anak muda! Teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa bak kata pepatah Melayu “alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”.

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

8 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago