JIKA terdahulu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman pernah membuat keputusan dengan mengorbankan tawaran pengajian ke Universiti Oxford apabila Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 demi untuk menyumbang bakti buat negara, kini beliau menerima tawaran biasiswa di National University of Singapore.

Tawaran biasiswa tersebut pula adalah untuk program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service.

Syed Saddiq sendiri berkongsi berita tersebut kepala khalayak umum melalui laman sosial Twitter miliknya beberapa jam yang lalu.

“Saya mendapat tempat dan biasiswa di National University of Singapore untuk program Lee Kuan Yew’s Senior Fellowship in Public Service.

“Been keeping this news to myself from June, but since classes start tomorrow online, why not share the good news with friendsFlag of Malaysia, (Saya simpan berita gembira ini sejak Jun lalu tetapi klas online akan bermula esok, tak salah rasanya saya kongsikan berita baik ini kepada semua),” tulisnya.

Menurut Syed Saddiq, setelah dua kali menolak tawaran belajar di Oxford kini tiba masanya untuk dia kembali menyambung pelajaran untuk meningkatkan kebolehan diri.

“Sebagai orang Muda, ada banyak yang perlu saya belajar lagi untuk meningkatkan kebolehan saya untuk berkhidmat.

Iklan

“I had to skip my masters in Oxford uni twice due to politics. Finally i get a chance to sharpen my Public Policy skills while serving fellow Malaysians (Saya terpaksa menolak tawaran ke Oxford sebanyak dua kali kerana politik. Akhirnya saya mendapat peluang untuk mempertajam kemahiran Dasar Awam saya untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia).

Iklan

SinarPlus ucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Ahli Parlimen Muar kita!

Terbaik YB!