2 kereta merah sama-sama ‘reverse’ cetus kemalangan kecil cuit hati ramai

DUA buah kereta berwarna merah namun berlainan jenis dilihat sama-sama mengundurkan (reverse) kenderaan sehingga berlakunya kemalangan kecil.

Begitulah insiden yang berlaku baru-baru ini di mana satu rakaman video menjadi tular di laman sosial mencuit hati ramai.

Menerusi video pendek berdurasi hampir 40 saat itu, kelihatan dua buah kereta berwarna merah telah melanggar antara satu sama lain semasa kedua-kedua pemandu cuba keluar daripada parkir kereta.

Iklan
Iklan

Sejurus perlanggaran kecil itu berlaku, pemandu dan penumpang kedua-dua buah kenderaan terbabit keluar untuk melihat keadaan bahagian belakang kereta masing-masing.

Yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat kedua-dua kereta Honda City dan Proton Saga itu berwarna merah dan ia dipandu pula oleh wanita.

Justeru tercetuslah perdebatan, ramai yang mengaitkan situasi itu dengan tagline ‘wanita tidak pernah salah’ dan membuatkan orang ramai berseloroh menyatakan kedua-dua pemandu langsung tidak bersalah dalam kemalangan kecil ini.

Baca juga Tambang MRT, LRT, BRT, Monorel, bas RapidKL percuma sebulan, ini 11 info lengkap

Ujar mereka;

“Women always right. So dua-dua betul. Yang salahnya owner dashcam kot.”

“Video paling rare, pertama di dunia. Sama warna, sama jantina pemandu. Balik-balik suami yang kena ni.”

“Orang perempuan ni kalau bawa kereta tak pernah tak buat hal. Macam dah rancang je kereta sama warna dan sama-sama reverse.”

Baca juga Isteri baru mula kerja, suami gendong bayi cari rezeki undang sebak

“Aduhai, tapi betullah kan? Kadang-kadang memang tak nampak kereta dari belakang. Nasib cium sikit je.”

“Sudah… dua-dua perempuan tu, apalah kesudahannya tu kan?”

“Hal perempuan biarlah mereka settle, kita orang lelaki tengokkan je, kang ada yang bertelur dahi haha.”

Moga insiden sebegini boleh menjadi iktibar buat semua pemandu terutamanya wanita agar lebih peka dan berhati-hati sebelum memulakan pemanduan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

11 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

11 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

12 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

14 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

17 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

18 hours ago