SIAPA kata anak Melayu malas dan ‘tidak mampu ke mana’? Sebenarnya ramai sahaja yang mampu berjaya dan boleh cemerlang jika kena pada tempat dan caranya.

Yang penting adalah berusaha selain ‘bonus’ sekiranya adanya sokongan dan bantuan orang di sekeliling. Ya, kejayaan tidak akan datang bergolek. Justeru, yang penting tekad dan usaha serta berdoalah.

Itulah yang dibuktikan tiga orang anak gadis Melayu dari Malaysia ini apabila mendapat pencapaian yang membanggakan dalam akademik.

Mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyambung pengajian di Machigan State University, Amerika Syarikat, ketiga-tiga mereka tidak mensia-siakan peluang menuntut ilmu di menara gading, bahkan membuktikan boleh berjaya untuk cemerlang biarpun berada di negara orang.

Itu yang dikongsikan pihak Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia), Washington DC Education and Training Counselor Office, Public Service Department (Malaysia), Washington DC (PPL JPA Washington DC) baru-baru ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa tiga (3) orang pelajar Ijazah Sarjana Muda tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Michigan State University, Amerika Syarikat dalam bidang Mikrobiologi telah menerima Class of 2020 Departmental Award dari Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.

“Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan. Lebih membanggakan apabila dari keseluruhan lapan (8) orang penerima anugerah, tiga (3) orang daripadanya adalah pelajar Malaysia dan tajaan JPA,” kongsi PPL JPA Washington DC di Facebooknya baru-baru ini.

Menurut PPL JPA Washington DC, tiga penuntut berkenaan ialah:

a) Nurul Izzati Mohamed Zamani – Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction)
b) Nur ‘Iffa Nazirah Taini Achim – Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction)
c) Nuur Aqilah Izzati Othman – Russell Duvall Endowed Scholarship Award (Research)

Kongsi PPL JPA Washington DC lagi, JPA secara amnya dan Pejabat PPL JPA Washington DC secara khususnya mengucapkan tahniah kepada para pelajar tersebut atas anugerah-anugerah yang diterima dengan pencapaian yang sangat membanggakan.

“Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia dan JPA di peringkat antarabangsa!,” tulis PPL JPA Washington DC di Facebooknya.

Ternyata netizen juga berasa bangga dengan pencapaian mereka. Berikut antara komen berkenaan:

Syukur alhamdulillah…tahniah dik atas kejayaan yg amat membanggakn, tahniah jg pd ibubapa, keluarga n guru2 mereka, moga dpt berbakti pd agama bangsa n negara….moga anakku naqib bakal menjejaki kejayaan adik2 ini….aamiin…

Tahniah…Semoga Terus Berjaya & Berkhidmat kpd Agama Bangsa Negara & Umat Manusia sluruhnya…

Proud proud proud of you, ladies! Sejuk perut mak hamilkan kamu semua! Hebat hebat hebat! Tak kan Melayu hilang di dunia weiiiiii….!!

Ahamdulillah.. Tahniah dan semoga lebih cemerlang di masa akan datang untuk memajukan bangsa, agama dan negara.. Anak Malaysia memang hebat..

Alhamdulillah…semoga rakyat malaysia khususnya melayu melahirkan lebih ramai lagi cendiakawan² terulung dunia…tahniah diucapkan..kami turut berbangga dengan pencapaian kalian…😊😊😊😊

Anak melayu islam yg hebat. Tahniah. Semoga akan memberi manfaat pd agama bangsa dan negara🤗

Tahniahhh. Anak Malaysia memang hebat!

Tahniah…terus keperingkat tertinggi…cari pengalaman dan balik berkhimat utk negara. Buktikan Melayu mampu berjaya dan bukanlah semua malas.

Iklan

Tahniah semua. Anda mmg anak2 yg bebat. Moga terus cemerlang dan jgn lupa diri.

Alhamdullillah, tahniah. Terus cemerlang dunia akhirat

alhamdulillah tahniah adik2.. terus buatkan Malaysia bangga.. hebat2

Alhamdulillah Tahniah adik2 terus mengharumkan nama Malaysia

Alhamdulillah… bangga melihat anak Malaysia berjaya…Mabruk alaiki…Semoga terus gemilang…bittaufiq wannajah…

Iklan

Siapa kata ank melayu pemalas. Anak melayu yang hebat waris keagungan empayar Melaka. Tahniah.

Tahniah,hebat anak Melayu Malaysia.Semoga terus cemerlang.

Alhamdulillah… Tahniah anak2 muda.. Moga terus cemerlang dunia akhirat

Harapan SinarPlus moga lebih ramai anak muda Melayu yang cemerlang serta dapat memberi inspirasi untuk mengikut jejak langkah mereka.

Syabas anak muda! Moga dapat menabur bakti pula kepada anak bangsa dan negara selepas tamat pengajian nanti. -AG rantaiankasih