SEMUA orang tahu, kalau terkena renjatan elektrik, natijahnya bukan calang-calang.

Bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan luaran, malah boleh memberi kesan kepada masalah kerosakan organ dalaman kita seperti jantung.

Dalam kes-kes tertentu, arus elektrik itu juga boleh menyebabkan kematian.

Baca juga Bahaya! Kabel elektrik jatuh akibat dipanah petir meragut nyawa

Baru-baru ini kecoh di negara jiran kita, Indonesia apabila empat penghuni rumah meninggal dunia kerana disyaki terkena renjatan elektrik di Jalan Pulamos Barat 12, RT 03/RW 10, Desa Kayu Putih, Kecamatan Pulogadung, Jakarta Timur.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Jakarta Timur, Gatot Suleman berkata, keempat-empat mangsa dilaporkan maut berpunca daripada alat pemanas air di bilik air.

“Kami menerima laporan bantuan untuk proses menguruskan mayat mangsa,” kata Gatot kepada Kompas.

Dalam pada itu, Detik News melaporkan, empat mangsa yang terkorban itu melibatkan sepasang suami isteri, pembantu rumah dan juga seorang bayi.

Menurut saksi yang juga adik kepada pembantu rumah yang dikenali sebagai Fauziah, ketika kejadian majikan kakaknya sedang memandikan bayi sebelum tragedi itu tercetus.

“Difahamkan, suami dan kakak saya mahu membantu, tetapi kedua-duanya juga melekat dan terkena renjatan elektrik tersebut,” ujar Fauziah menceritakan kembali detik kejadian.

Sebenarnya, insiden yang sama turut berlaku di negara kita sendiri baru-baru ini.

Pada 10 Mac lalu, pasangan suami isteri dilaporkan meninggal dunia di pangsapuri Taman Punca Teringkap, Cameron Highlands, Pahang akibat terkena renjatan elektrik daripada alat pemanas air.

Sewaktu insiden itu berlaku, si isteri dikatakan cuba untuk membantu suaminya yang terkena renjatan elektrik ketika mandi menggunakan pemanas air.

Baca juga 11 fakta kejadian pekerja taman tema maut, terkena renjatan elektrik

Bagaimanapun, tindakannya gagal kerana turut terkena renjatan elektrik dan rebah sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

Bila mendengar kes-kes menakutkan seperti itu, mesti ramai yang fobia mahu gunakan alat pemanas air.

Pun demikian, tak perlu terlalu risau. Apa yang perlu kita pastikan adalah alat pemanas air itu berkualiti.

Lagi satu, SinarPlus nasihatkan supaya sentiasa selenggara peralatan itu di rumah sekurang-kurangnya enam bulan sekali. #kitajagakita

ANEKDOT

Iklan

LANGKAH untuk memberi bantuan kepada orang yang terkena renjatan elektrik:

i. Jangan terus menyentuh orang cedera yang mengalami renjatan elektrik jika dia masih bersentuhan dengan arus elektrik.
ii. Segera hubungi nombor kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera sekiranya dawai atau kilat voltan tinggi.
iii. Matikan sumber tenaga elektrik secepat mungkin atau cuba menghilangkan sumber tenaga elektrik menggunakan sesuatu bahan penebat seperti kayu.
iv. Selepas mengasingkan mangsa daripada bekalan elektrik, jika mangsa tidak sedar segera hubungi ambulan.
v. Sekiranya mangsa sedar, pastikan pantau keadaan mereka kerana kesan kejutan elektrik mungkin tidak begitu jelas.

Sumber Hello Doktor

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI