SEMALAYA‘ boleh dikatakan mengenali Ustaz Ebit Lew atau UEL. Ramai yang mengagumi beliau yang begitu pemurah membantu golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak kurang yang mengagumi penceramah bebas dan banyak memberikan motivasi juga pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew ini.

Menariknya UEL sering berkongsi kasih sayangnya terutama dengan isteri dan kedua ibu bapanya. Betapa bercucuran air mata UEL tatkala bercerita tentang ibunya dan betapa sayang dan kasihnya beliau kepada kedua orang tuanya.

Ramai yang sudah tahu ibu beliau sudah terlebih dahulu menghadap ILAHI. Jarang menayangkan berkenaan bapanya, bagaimanapun Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau alhamdulillah dilihat masih sihat menerusi perkongsian UEL di Facebook beliau semalam.

Menariknya ada sesuatu yang dikongsikan oleh UEL mengenai habit bapanya itu. Padanlah apa yang dilakukannya pada masa ini. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

Menurut beliau, bapanya yang disifatkan seorang yang rajin juga gemar berniaga.

Ada dua amalan yang dilakukannya untuk membuatkan anak-anak bahagia pada setiap hari.

Selain itu, daripada perkongsian beliau, dapat disimpulkan 6 sikap bapa Ustaz Ebit Lew yang wajar dicontohi:

1. Rajin
2. Suka berniaga
3. Sentiasa bercinta dan berkasih sayang dengan isteri
4. Tak pernah bergaduh
5. Selalu beri semangat dalam dakwah dan berniaga
6. Sentiasa ingat hidup ini amanah sehingga kita berjumpa ALLAH

Nikmat jumpa ayah

“Hari paling indah setelah sekian lama dapat bertemu ayah tercinta. Ayah bawa nenas dan pisang dari kebunnya.

Iklan

Umur dah lebih 80 tahun tapi masih sibuk berkebun. Rajin memang tak ingat. Suka berniaga dari muda.

Ya Allah inilah nikmat paling indah dapat jumpa ayah. Rajin dan jaga masa. Dua itulah saya belajar betul-betul darinya. Tak boleh duduk diam.

Dari kecil teringat ayah bila balik kerja atau dari mana-mana mesti ada buah tangan. Sampai sekarang pun macam tu. Dapat peluk dan cium ayah tadi rasa bahagia sangat. Rindu nak bawa ayah berjalan-jalan.

Mak kalau ada mesti best. Mereka sentiasa bercinta jer. Ayah dengan mak sentiasa berjalan berdua. Makan mesti berdua. Mak tiada, ayah saya tak makan. Berbual 24 jam non stop agaknya. Tak pernah gaduh. Rasa 24 jam berdua. Kasih sayang mereka berdua menjadi contoh untuk kami adik-beradik supaya sayang pasangan.

Iklan

Dulu mak banyak cakap. Ayah diam sangat dengan anak-anak. Selepas mak pergi ayah kuat bercakap macam mak. Dan selalu bagi semangat dalam dakwah dan berniaga.

Saya tanya kenapa ayah kuat semangat sampai sekarang. Katanya hidup ini amanah sehingga kita berjumpa Allah nanti. Tugas saya sebagai ayah terus beri semangat pada anak-anak selagi hidup. Itulah seorang ayah. Rindu mak. Syukur sangat dapat semangat dan doa dari ayah-ebitlew,” kongsinya di Facebook semalam.

Moga perkongsian beliau dapat memberi inspirasi. -AG #JanganPutusAsaMalaysia