TULAR sejak semalam kisah tentang seorang pak cik ini yang tetap gigih bekerja biarpun keadaannya dikatakan tampak uzur. Dalam keadaannya yang sedemikian, semangatnya untuk membantu keluarga dengan berniaga itulah yang menyentuh hati.

Beliau berniaga menjual perhiasan ayat-ayat al-Quran di R&R Gurun, Kedah.

Itu jualah yang menyebabkan seorang wanita bernama Nurul Dewan, 29, ini berkongsi kisah pak cik itu yang dikenali sebagai Pak Cik Hamid setelah bertemu dengan beliau yang dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Kedah.

Namun demikian timbul salah faham dan cakap-cakap setelah kisah pak cik ini tular. Yang jadi mangsa Nurul sendiri, malah Pak Cik Hamid turut disalah anggap dengan kecaman dikatakan hendak ‘meminta-minta’.

“Saya ambil kesempatan ini untuk membetulkan keadaan. Sebenarnya, Pak Cik Hamid sangat baik. Beliau bukan hendak meminta-minta ya. Saya hanya ketengahkan kisahnya untuk memberikan inspirasi kepada orang lain apabila melihat semangat dan kasih sayangnya sebagainya ayah yang mahu bekerja demi keluarga.

“Biarpun uzur, beliau tidak mahu menagih simpati. Apa yang dia ada dia dah beryukur,” kongsinya wanita ini tentang pak cik dari Kampung Tolang, Pendang ini dengan SinarPlus hari ini.

Artikel berkaitan: Kasihnya abang… Budak lelaki selamatkan adik yang diserang anjing dipuji warganet

Dalam pada itu Nurul turut berkongsi posting terbaharunya tentang Pak Cik Hamid bagi membersihkan namanya dan salah faham yang timbul:

PESANAN DARI PAK CIK HAMID

Terima kasih kepada semua yang prihatin pasal Pak Cik Hamid.. Ramai orang yang baik-baik nak bantu, syukur. Alhamdulillah ramai juga yang ternanti-nanti update dari Nurul berkenaan Pak Cik Hamid. Yang PM Nurul mintak no acc, alamat rumah dan macam-macam lagi bentuk bantuan yang nak disumbangkan..

Atas hormat pada permintaan Pak Cik Hamid, Nurul terpaksa delete posting yang Nurul post semalam. Kata Pak Cik Hamid, terima kasih banyak-banyak kepada yang ambil berat pasal beliau nak bagi bantuan. Tapi katanya dia masih kuat dan mampu untuk bekerja/meniaga..

Masih ada lagi golongan yang memerlukan dan lebih susah darinya.. Bukan dia tak nak bagi no acc. Tapi apa yang dia ada sudah cukup dan bersyukur, bagilah pada org lain katanya..

Cuma dia mintak janganlah halau dia kalau dia pergi berniaga, sebab dia bukan mencuri atau mengganggu orang lain. Dia hanya duduk dan menjual ayat al-Quran. Baginya itulah tanggungjawab sebagai seorang suami untuk memberi nafkah kepada keluarga..

Pak cik Hamid ni sangatlah baik hatinya, semoga Allah melindungi Pak Cik sekeluarga.
Selain itu, Pak Cik Hamid mungkin tak selesa bila ramai-ramai orang telefon dia untuk bagi bantuan walaupun dia layak untuk dapat. Katanya dia masih ada kudrat untuk bekerja..

Iklan

Dan 1 benda yang Nurul belajar, tak semua orang suka kita buat baik, tak semua orang fikir macam apa yang kita fikir, dan tak semua orang boleh faham apa niat kita yang sebenar.

Pak Cik Hamid tak pandai membaca, hanya dengar dari orang lain yg mungkin kurang senang dengan posting Nurul. Jadi Nurul hormati permintaan Pak Cik Hamid dan padam semua posting berkenaan Pak cik Hamid..Alhamdulillah saya dah tunaikan janji saya kepada Pak Hamid..Semoga Pak Cik Hamid lebih tenang menjalani kehidupan seperti biasa.

Mungkin di mata kita nampak Pak Hamid tak perlu lagi bekerja di usia tua, Tapi jika itu yang membuat dia bahagia, happy kita hadiahkanlah dia doa supaya sentiasa dilindungi Allah, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu..

Dengan nama Allah, Nurul tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dalam posting tu, hanya niat untuk membantu. Yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik dari diri saya sendiri.

Iklan

Untuk semua yang menanti-nanti no acc Pak Hamid, jom kita ramai-ramai tukarkan sumbangan kita kepada DOA yang baik-baik untuk Pak Hamid..hanya doa yang diperlukan.

Terima kasih Ya Allah berikan saya banyak pengajaran dari kisah ini. Nurul pun hanya insan biasa, tak sempurna, tak baik mana pun.. Banyak lagi nak kena belajar.
So jangan bersedih hati yer semua, kita simpan nama Pak Cik Hamid dalam setiap doa kita, In shaa Allah, doa senjata Mukmin kita semua..Yang baik kita jadikan tauladan, yang tidak baik kita jadikan sempadan..

With love,
Nurul Dewan

Posting Nurul tentang Pak Cik Hamid yang tular pada awalnya.

Doa SinarPlus moga dipermudahkan urusan Pak Cik Hamid dan Nurul sendiri. Niat Nurul juga sangat baik, untuk membantu pak cik ini. Moga ia tidak disalahertikan. -AG