NAMA Khairul Aming semakin dikenali oleh hampir setiap lapisan peringkat umur terutama golongan para ibu yang gemar ke dapur.

Khairul Aming mula terkenal dalam dunia sosial media sekitar tahun 2019 apabila beliau kerap menghasilkan dan memuat naik video 30 hari 30 resipi sepanjang bulan Ramadhan.

Sehingga kini, Khairul Aming mempunyai hampir 3 juta followers di Instagram dan itu juga cukup membuktikan beliau cukup terkenal.

Tambahan pula setiap video yang kongsikan pasti mendapat jutaan tontonan yang terhibur dengan keletah dan teruja dengan menu masakan yang dibuat.

Khairul Aming juga pernah dilihat bergandingan beberapa selebriti tanah air seperti Dato Sri Siti Nurhaliza dan juga Faizal Tahir untuk buat voice over dalam video pendek beliau.

Setelah bergelar instafamous masakan, beliau telah mencipta fenomena apabila baru-baru ini berjaya menjual produk keluaran sulungnya sebanyak 10,000 unit dengan mudah dan ia berjaya habis terjual hanya dalam masa 54 minit sahaja.

Produk yang dinamakan Sambal Nyet Berapi merupakan sambal yang telah siap dimasak dan sedia untuk dimakan dengan apa-apa hidangan. Bahkan, sambal itu juga mampu menjadi pembangkit selera makanan korang.

Terbaharu, atas permintaan peminatnya, Sambal Nyet akan di restock semula bermula semalam (Isnin) dan jualan akan dibuat setiap hari (kecuali sabtu) pada jam 10 lagi.

Iklan

Sementara itu pembelian hanya boleh dibuat melalui Shopee rasmi khairulamingbrand seperti apa yang dikongsikannya di Twitternya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga meluahkan kekecewaannya apabila ada pelanggan yang mengadu tidak mendapat sambal yang telah ditempah sehingga ke hari ini.

Iklan

“Ramai yang DM cakap dah bayar pada seller-seller ni tapi kenapa sambal tak deliver.

“I have mentioned many times yang sambal hanya dijual kat shopee account yang link di bio (khairulamingbrand).

“These scammers akan kalut bila korang dah bayar and mereka tak ada barang itu untuk di pos dalam masa dua hari,”

“Aku baling senduk kat scammers ni baru tau,” ciapnya di Twitter.

Khairul Aming juga berkali-kali mengingatkan pelanggannya supaya berhati-hati dan membuat pembelian pada bio Shopeenya sahaja kerana beliau tidak pernah melantik mana-mana reseller atau agent untuk menjual produknya buat masa ini.