“Anak isteri patah hati bawa diri.” 1001 cerita pilu di sebalik kejayaan beli rumah lelong

Tiada siapa yang mahu kehilangan rumah yang sedang dihuni. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga. Ke mana lagi kaki akan melangkah tanpa tempat berteduh.

Namun dek ujian hidup, perkara ini terpaksa juga didepani. Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini mendedahkan kisah sebenar berlaku di sebalik rumah lelong yang mungkin menyaksikan derita dan deraian air mata.

Gambar hiasan

Perabot dan barang masih ada

Apa yang terpapar dalam foto rakam layar Tiktok ini ialah rumah yang masih penuh dengan perabot serta barang keperluan sebuah keluarga. Nampak segar, seolah-olah ia masih lagi sedang dihuni. Mungkin juga ia menunjukkan penghuni tidak bersedia atau tergesa-gesa berpindah keluar.

Iklan
Iklan

“Inilah jadinya bila rumah kena lelong. Bayangkan barang-barang semua masih ada macam baru semalam mereka keluar dari rumah tu.

“Mungkin notis dah lama diberi tapi tidak mampu nak cari rumah lain. Akhirnya mereka terpaksa keluar tanpa sebarang persediaan untuk pindah barang,” kongsi Akhtar.

Disebalik kejayaan membida, tersembunyi sejarah yang perit

Rumah akan dilelong disebabkan oleh pelbagai faktor. Akhtar juga turut berkongsi pelbagai punca yang mengakibatkan perkara ini terjadi. Antaranya ialah;

1. Tidak mampu membayar pinjaman.
2. Pinjaman dibuat atas nama suami dan isteri tetapi sudah berpisah.
3. Peminjam meninggal dunia dan waris tidak mampu menyelesaikan hutang.

Ketiga-tiga sebab ini sangat menyedihkan. Ini kerana ada yang merana disebabkannya. Hakikatnya di sebalik kejayaan membida rumah lelong, tersembunyi penyeksaan dan sejarah perit.

Ujian berat

Kata Akhtar, mungkin rumah itu pernah menyaksikan kebahagiaan. Gelak tawa suami isteri serta anak-anak. Boleh jadi pernah berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan perpisahan atau kemungkinan tersembunyi satu penyeksaan. Atau mungkin kesusahan dan perit getir untuk meneruskan kehidupan tetapi berakhir dengan rumah dilelong.

“Bersyukur dan sayangilah apa yang kita ada sekarang. Mungkin esok lusa ianya akan hilang. Mungkin kita terlupa untuk menjaga hati yang tersayang atau mungkin ujian hidup yang teruk bakal mengetuk pintu rumah kita,” kongsi Akhtar.

Tiada siapa pinta rumah dilelong

Keadaan yang perit dan tersepit sebegini tiada siapa pun pinta. Kesulitan melalui liku-liku hidup seperti perpisahan, kehilangan pekerjaan atau tiada punca pendapatan antara dugaan yang boleh terjadi yang membawa kepada kehilangan mahligai yang dimiliki.

“Semoga dijauhkan ujian atau akibat seperti ini daripada keluarga kita semua. Ada antara sebab yang kita tidak boleh kawal. Tiada siapa minta untuk dibuang kerja. Tiada siapa minta untuk hidup susah. Tiada siapa juga minta untuk meninggal dunia. Tapi ada sebab yang kita boleh bersedia dengan hibah.

“Jika ada hibah, mungkin hutang itu boleh diselesaikan. Tetapi, jika disebabkan perpisahan, amatlah menyedihkan.

“Cuba bayangkan keadaan mereka yang terpaksa keluar dari rumah tergopoh-gapah tanpa sempat pindah barang macam ini? Kalau ada anak kecil macam mana? Allah kesiannya. Semoga dipermudahkan urusan mereka,” tulis Akhtar.

Artikel berkaitan: Rumah Sempit Ala Muzium Berusia 160 Tahun Dijual RM1.37 Juta

Berhati mulia

Dalam video yang dikongsikan mendedahkan walau pun barangan di dalam rumah berkenaan adalah sepatutnya menjadi hak miliknya, pemilik baru rumah berkenaan berhati mulia menyerahkan kembali perabot dan barangan di dalam rumah tersebut kepada pemilik asal.

Semoga sesiapa sahaja yang sedang melalui keadaan sukar dipermudahkan urusan. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata tentang kemanusiaan dan empati sesama insan.

Sumber: BroOhsem dan Shazira Abdul Latif

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

‘Kalau tidur, muka menghadap kaki orang sabarlah.’ Pemuda ini kongsikan tip menarik persediaan awal ke Tanah Suci

TAHNIAH buat semua jemaah haji yang yang tiba di Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk…

50 mins ago

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

8 hours ago

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

15 hours ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

16 hours ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

17 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

17 hours ago