BERITA gembira buat seluruh rakyat Malaysia dari New York, pelari menara negara, Soh Wai Ching menjuarai larian Empire State Building 2021 semalam.

Wai Ching menamatkan larian pendakian 86 tingkat bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat dalam masa kurang 11 minit untuk muncul juara acara Larian Menara Empire State 2021.

Dia mencatat masa 10 minit dan 46 saat untuk memenangi perlumbaan bagi kategori lelaki elit manakala Cindy Harris dari Amerika Syarikat memenangi perlumbaan kategori wanita elit.

Namun begitu, Wai Ching tidak berjaya mencapai sasaran yang diletakkannya iaitu rekod 9 minit 33 saat yang dicipta Paul Crakepada 2003.

Akui dirinya yang agak kecewa dengan pencapaian itu, katanya dia akan datang kembali pada 2022 untuk meningkatkan lagi kebolehannya dalam pertandingan tersebut.

Beliau turut berharap mempunyai persediaan yang baik pada tahun depan untuk kembali berentap sekurang-kurangnya dua bulan.

Larian Menara Empire State ialah perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga.

Pemenang akan menderma AS$100,000 kepada badan amal pilihan mereka.

Iklan

Perlumbaan tahun lalu dibatalkan susulan wabak Covid-19.

Anak Malaysia muncul juara Larian Empire State Building New York 2021

Iklan

Sementara itu, ini biodata ringkas Soh Wai Ching;

Nama: Soh Wai Ching

Asal: Kuala Lumpur

Umur : 25 tahun

Pencapaian:

Pelari Menara nombor 1 Asia, nombor 2 dunia

Pelari jalan raya 5km dan 10km

Pendidikan:

Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Sukan major dalam Sains Senaman – BSpSc (ExSc) juga seorang Jurulatih CECS IAAF.

Wow! Tahniah anak Malaysia.

Sumber: Stadiumastro.com