Anak pelik urusan nikah jadi rumit, bongkar rahsia ibu ayah bersekedudukan hingga 7 zuriat

MENGEMUKAKAN bermacam dokumen dan mengisi pelbagai borang dari pejabat agama sudah menjadi prosedur buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Dokumen seperti sijil nikah ibu bapa adalah amat mustahak bagi menentukan nasab bakal pengantin serta urusan penentuan wali.

Pendedahan oleh seorang pengguna TikTok @Tokadi Hipster amat mengejutkan apabila bakal pengantin memberitahu ibu bapaya tidak memiliki sijil nikah sebaliknya hanya surat akuan sumpah.

“Kamu anak ke berapa, emak dan ayah mana? Ada datang tak?”

 

Baca juga: [VIDEO] Datang untuk merisik, bapa minta pasangan kekasih terus bernikah

Iklan
Iklan

Difahamkan wanita berkenaan anak keempat dalam keluarganya. Pihak pejabat agama terpaksa memanggil kedua ibu bapa wanita berkenaan untuk menyelesaikan isu nasab.

“Tuan puan dahulu nikah di mana? Siapa wali dan surat nikah di mana?

“Tolong jujur dengan saya, jangan menipu. Saya nak bantu anak nikah ni.

“Bab menentukan nasab ini susah sebab ia melibatkan hukum nikah anak. Kalau menggunakan wali yang salah, nikah anak tidak sah. Siapa hendak tanggung?” tulisnya

.

Baca juga: Meriahnya, ramai ingatkan majlis kenduri kahwin tepi jalan, rupa-rupanya…

Alangkah mengejutkan apabila pasangan tersebut mengaku tidak pernah berkahwin.

“Kami bersekedudukan sahaja, sekarang kami ada tujuh orang anak,” tutur pasangan itu yang terpaksa membongkar rahsia lama.

Menurutnya, susulan daripada itu anak pasangan berkenaan terpaksa dinikahkan dengan berwalikan hakim kerana statusnya sebagai anak tidak sah taraf.

Malah, dia turut menasihatkan pasangan itu untuk turut bernikah.

Difahamkan anak pertama hingga keempat pasangan berkenaan bersekolah manakala yang kelima, keenam dan ketujuh tidak bersekolah. Malah sijil kelahiran juga tiada.

Lebih menakutkan, menurutnya ia adalah kisah benar dan sudah banyak ditemui.

“Umpama khayalan tapi hakikatnya ada (ia wujud) dan banyak.

“Sukar hendak menerima oleh kita yang faham agama dan hukum-hakam,” katanya.

Dalam pada itu, warga maya turut berkongsi kisah pasangan bersekedudukan yang berlaku di sekeliling mereka.

@tokadi_hipster Sampai bile nak sorok ? Allah itu maha mengetahui segala sesuatu. #Nauzubillahiminzalik ♬ Ya Allah – Wali

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah.

Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan mengikut hukum syarak.

Kredit foto utama: Pexels

Baca juga: ‘Ikatan Perkahwinan Tidak Terlerai Sendiri Melainkan Dengan Kematian’ – Peguam Syarie

Sumber: TikTok @Tokadi Hipster

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

3 hours ago

Que Haidar tunai umrah & haji berlepas ke Tanah Suci, pelukan adik-beradik di lapangan terbang undang sebak

PELAKON, penerbit, dan pengarah popular Que Haidar berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan…

4 hours ago

Bercinta setahun, lelaki terkejut identiti ‘isteri’ terbongkar selepas berkahwin

  PENYAMARAN seorang 'wanita' akhirnya terbongkar selepas berkahwin dengan seorang lelaki di Cianjur, Jawa Barat…

6 hours ago

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

19 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

19 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

20 hours ago