Anak sulung bakal ke asrama, Dr Sheikh Muszaphar sayu. ‘Jaga solat, adab & diri, buat segalanya kerana ALLAH’

SEPERTI kebanyakan ibu bapa yang berasa sedih apabila anak- anak bakal berangkat ke sekolah berasrama, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha tidak terkecuali mengalami situasi tersebut.

Beliau berkongsi rasa sayu kerana anak sulungnya, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 13, yang terpilih untuk menyertai program Genius Permata Pintar bakal meninggalkan keluarga untuk mendaftar ke Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).

“Bella leaving soon, 18 March 2024, this coming Monday. Off to Genius Permata Pintar Asas Satu dan Asas Dua di Seremban manakala Asas Tiga Tahap 1 dan 2 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Iklan
Iklan

“Sayu sangat tapi inilah hakikatnya. Demi ilmu dan kejayaan, pengorbanan pasti ada,” luah bapa kepada tujuh cahaya mata itu.

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. ‘Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah’

Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar kongsi anak menangis, syukur ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). ‘All the hard work paid off’

Baca lagi Dr Sheikh Muszaphar mahu semua anaknya jadi doktor

Baca ni Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

Berkongsi keerujaan Bella untuk memulakan pengaijan di sana, pakar ortopedik itu turut menitipkan beberapa nasihat buat permata hatinya.

“Bella sangat teruja. Kami telah membesarkannya dengan baik dan tahu dia akan menyesuaikan diri. Belajar benda baru, mendapat kawan baru dan cuba menjadi lebih baik demi ummah.

“Nasihat saya sebagai seorang bapa, jaga solat, adab dan diri. Study smart dan jangan berputus asa mencuba perkara baru. Keluar dari zon selesa, berdikari, nikmati keseronokannya dan yang paling penting lakukan segalanya kerana ALLAH.

“Semoga ALLAH membimbingmu ke jalan yang benar. Mommy dan daddy akan sentiasa ada, melihat dari jauh dan akan sentiasa memberi sokongan. Syukur Alhamdulillah,” titip beliau buat puterinya itu.

Dalam hantaran sama, Dr Sheikh Muszaphar turut memuat naik foto buku teks yang akan digunakan Bella dalam pengajiannya dalam Asas Satu.

Biarpun baharu berusia 13 tahun, namun program berkenaan kebanyakannya menggunakan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia Tingakatan Dua, Tiga, Empat dan Lima.

Antarannya buku teks Matematik Tingkatan Satu dan Dua, Pendidikan Islam Tingkatan Tiga, Bahasa Melayu, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan Tingkatan Empat dan Biologi Tingkatan Lima.

Baca juga Siti Nurhaliza, Sheikh Muszaphar tersenarai paling atas World’s Most Admired kategori Malaysia

Bella sebelum ini turut menerima menerima tawaran melanjutkan persekolahan ke sekolah berasrama penuh premier, Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Kolej Yayasan Saad (KYS).

Terdahulu, gadis pintar itu pernah mengikuti program kepimpinan di Oxford University, United Kingdom.

Selain cemerlang akademik, beliau juga jaguh renang dan teakwondo.

Dr Sheikh Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina pada 10 Oktober 2010.

Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, 13, Sophea Natasha, 11, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 7, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia, 3, dan Sheikh Muhammad, lapan bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

5 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

8 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

8 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

9 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

14 hours ago