DISEBABKAN oleh PKP, orang ramai kini diminta untuk duduk di rumah dan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan untuk keluar bagi mencari barang keperluan harian.

Disebabkan itu kini, peranan anggota keselamatan yang bertugas dalam membantu memantau pergerakaan rakyat Malaysia sepanjang PKP ini amatlah penting.

Langkah tersebut adalah bagi mengelakkan lebih ramai orang ingkar dengan arahan kerajaan dalam menangani Covid-19.

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh tersebut dilaksanakan dan bermacam ragam rakyat Malaysia seperti yang kini membanjiri laman sosial seperti Facebook, Intagram mahupun Twitter.

Namun, Sinar Plus tertarik dengan satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Polis Daerah Ipoh, satu gambar yang meperlihatkan seorang anggota polis membantu seorang wanita tua berbangsa Cina memakai topeng penutup muka sangat menyentuh hati.

Dalam perkongsian tersebut, Konstabel Mohamad Shahmin Anuar dilihat dengan tenang membantu warga emas memakai topeng penutup muka kerana dia keluar tanpa memakainya.

Iklan

Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan laman Facebook tersebut dengan memuji anggota polis tersebut yang menyantuni warga emas tersebut.

Anggota polis santuni warga emas 

Iklan

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada barisan anggota keselamtan yang mmbantu memastikan PKP ini berjalan dengan baik sehingga selesai tempoh kuarantin ini.

Oleh demikian, #janganputusasamalaysia #juststayathome