Azizulhasni kini bergelar Datuk. 5 fakta menarik The Pocket Rocketman

July 19, 2021
Oleh Azma ML

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Tidak keterlaluan menyifatkan peribahasa tersebut ideal buat jaguh trek berbasikal negara, Azizulhasni Awang yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu membawa gelaran Datuk.

Pelumba berusia 33 tahun itu terharu dan sama sekali tidak menyangka bakal menerima anugerah pangkat tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

Atlet kelahiran Dungun, Terengganu yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' menyifatkan anugerah sedemikian satu pengiktirafan tertinggi buatnya selepas lebih 15 tahun terbabit dalam sukan berbasikal.

Susulan khabar gembira itu graduan Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Victoria, Melbourne, Australia tersebut menzahirkan penghargaan buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Beliau ketika kemalangan, tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter menembusi betisnya.

Pada sama sama kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan pihak yang bertali arus menyokongnya selama ini.

Iklan

Secara ringkas, Azizulhasni atau nama sebenarnya Mohammad Azizulhasni Awang dilahirkan pada 5 Januari 1988.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Athiah Ilyana Abd Samat pada 30 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Amna Mariyam dan Amna Khadeeja.

Portfolio beliau dalam bidang sukan berbasikal semakin menyerlah selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari tahun 2009.

Ini termasuklah pernah meraih pingat emas acara keirin dan pecut 200 meter (m) Kejohanan Trek Asia pada April tahun 2008.

Baca juga Pernah Digelakkan Pelajar PhD Malaysia Di Melbourne, Ini Nasihat Azizulhasni

Iklan

5 fakta menarik Azizulhasni

- Beliau merupakan pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia pada Sukan Olimpik Beijing 2008.

- Kini menduduki ranking pertama dunia bagi acara Keirin.

- Azizulhasni pernah terlibat kemalangan ngeri semasa Siri Piala Dunia Klasik di Manchester pada Februari 2011. Beliau mengalami kecederaan serius apabila tertusuk kayu sepanjang 20 sentimeter menembusi betisnya.

- Jolokan ‘The Pocket Rocketman’ diberikan kerana tubuh badannya yang kecil.

- Jaguh berbasikal trek negara itu akan beraksi di pentas Sukan Olimpik 2020 yang dijadualkan bermula 23 Julai ini.