‘Baby Nombor 5 tak dirancang, saya berjuang selamatkannya.’ Alami pendarahan, Vivy Yusof keguguran kali ketiga

USAHAWAN dan pempengaruh, Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy berkongsi berita duka keguguran cahaya mata kelimanya.

Melalui saat sukar kehilangan, pemilik jenama dUCK itu memuat naik video memaparkan saat awal mengetahui dirinya hamil.

Paling teruja ialah anak keduanya, Mariam Iman Shah, 9, yang pernah menitipkan doa agar si ibu hamil lagi.

“Okay Mariam apa doa awak hari ini?” Ketika itu kami berkumpul selepas solat. “Ya ALLAH, tolong jadikan mommy hamil lagi. Ketika itu saya dan Fadza saling berpandangan mengaminkan doa.

“Kemudian saya melakukan ujian kehamilan. Doa Mariam dimakbulkan, ia positif.

“Kami memberitahu anak-anak. Mereka semua teruja termasuk Mariam yang menangis gembira. Melihat reaksi gembira anak-anak membuatkan saya dan Fadza turut teruja dengan Baby Nombor 5. Kita bakal ada bayi baru, Idris akan menjadi abang?” kongsi Vivy.

Baca juga: Bukan semua pendarahan ketika hamil petanda keguguran. Ini antara sebab-sebabnya

Baca juga: Radang otak, keguguran, bahayanya influenza kepada ibu hamil

Pun begitu, tidak lama selepas itu kehamilan Vivy diuji dengan masalah pendarahan.

“Saya melihat ada tompokan darah dan ia keluar secara konsisten setiap hari.

Iklan
Iklan

“Susulan itu, saya perlu mengambil tiga ujian darah dalam seminggu untuk memantau tahap kehamilan,” katanya.

Isteri kesayangan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar itu turut menumpukan kepada kehamilannya hingga sanggup bekerja dari rumah.

“Selain kunjungan ke hospital, saya terlantar di katil kerana saya ingin melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan kandungan ini. Saya bekerja secara maya dan menarik diri daripada banyak acara termasuk jenama sendiri.

“Ia adalah proses yang sangat sukar kerana tidak dapat memberitahu puncanya,” kongsinya.

Selepas berusaha, namun ternyata ALLAH lebih menyayangi. Usahawan berusia 36 tahun itu terpaksa menerima kenyataan kehilangan kandungannya selepas ujian darah terakhir.

Pun begitu, Vivy reda dengan ketentuan-NYA dan percaya segala yang terjadi ada hikmahnya.

Baca juga: Anak meninggal ketika masih kecil, ibu ayah reda dan bersabarlah. Anak syurga akan beri syafaat masuk ke jannah

Baca juga: Isteri Fazley pernah gugur 13 kali termasuk 2 pasang kembar, tip penjagaan diri selepas keguguran bagi wanita muda

“Ada yang bertanya sama ada saya okay. Saya tidak pasti jawapannya kerana saya sendiri tidak tahu apa yang saya rasa. Baby Nombor 5 tidak pernah ada dalam rancangan, tetapi apabila si kecil itu berada dalam diri saya, saya berjuang untuk menyelamatkannya.

“Tetapi saya menganggap (keguguran) bahawa ALLAH melindungi daripada kehamilan yang tidak sihat dan saya bersyukur kepada-NYA untuk segalanya.

“Ini adalah keguguran ketiga dalam tempoh menjadi ibu dan melahirkan empat orang cahaya mata yang sihat. ALLAH SWT menguji dan mengurniakan pengalaman untuk menundukkan.

“Saya akan pulih tidak lama lagi dan bangkit semula. Tolong sebut saya dalam doa anda,” kongsi Vivy.

Vivy dan suami, Fadzaruddin Shah berkahwin pada tahun 2012. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, 11, Mariam Iman Shah, 9, Sarah Ilham Shah, 6 dan Idris Ali Shah, 3.

Baca juga: Catat peraturan di papan putih, ini cara Vivy Yusof didik anak

Baca juga: ‘Walau sayang sanggup ‘let go’ barangan jenama, salur RM3 juta usaha Vivy Yusof demi Palestin

15 INFO KEGUGURAN ANDA PERLU TAHU

1-Keguguran berlaku apabila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu.

2-Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran jika berlaku kurang dari 22 minggu.

3-Keguguran berlaku kepada lapan hingga 20 peratus ibu mengandung.

4-Manakala 80 peratus kes keguguran terjadi sebelum minggu ke-13 manakala 20 peratus berlaku pada kandungan berusia kurang dari 22 minggu.

5-Banyak faktor boleh menyebabkan keguguran dan selalunya ia berbagai (multifactorial) dan bertindih. Antaranya adalah:

a)Masalah genetik: 30 peratus keguguran berlaku sebelum minggu kelapan dan penyebab utama adalah masalah genetik. Embrio terhasil dari persenyawaan telur isteri dan sperma suami gagal membesar dan membahagi kepada janin. Masalah genetik merangkumi 40 hinga 45 peratus daripada punca keguguran.

b)Penyakit si ibu seperti kencing manis yang tidak terkawal, masalah struktur dalam rahim (septum) atau fibroid.

6-Berikut adalah faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran

a)Usia ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi keguguran.

b)Ibu pernah keguguran sebelum itu. Jika keguguran sekali, risko untuk mengalaminya lagi adalah 20 peratus manakala ibu yabg pernah dua kali gugur, risiko adalah 30 peratus. Risikonya meningkat kepada 43 peratus jika wanita pernah mengalami tiga kali gugur atau lebih.

c)Ibu merokok lebih dari 10 batang sehari atau perokok pasif boleh meningkatkan risiko keguguran.

d)Pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.

c)Demam panas melebihi 37.8 Celcius atau lebih boleh mengakibatkan keguguran

d)Trauma atau kemalangan pada bahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko gugur. Ia termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling.

e) Pengambilan kopi atau minuman berkafein seperti minuman ringan dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Ibu hamil tidak digalakkan mengambilnya lebih daripada 300mg sehari.

f)Sebab-sebab lain yang meningkatkan risiko keguguran ialah pendedahan kepada bahan tercemar, jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, stres fizikal yang berlebihan, radiasi dan bahan-bahan kimia.

Sumber: Instagram, MyHealth KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Recent Posts

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

55 mins ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

5 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

6 hours ago

16 tahun kahwin, kejujuran rahsia kebahagiaan Mawi & Ekin.’ Tak pernah kongkong, periksa telefon suami’

16 TAHUN melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau mesra dengan panggilan…

6 hours ago

Isu tanah 2 nama dipindah milik secara tidak sah telah diratifikasi semula, Amar Baharin sedia berunding. ‘Saya setia menunggu…’

BARU-baru ini, pelakon Amar Baharin meluahkan perasaan tidak puas hati berkaitan pemilikan tanah di Semenyih,…

7 hours ago

Tidak tahan bebelan suami, ibu campak anak lelaki pekak, bisu dalam sungai buaya

  TRAGIS! Disebabkan tidak tahan mendengar ‘bebelan’ suami kerana melahirkan anak pekak dan bisu, seorang…

10 hours ago