Banduan wanita belajar buat kuih, mahu jual apabila keluar penjara nanti

BUKAN sekadar untuk menjalani hukuman kerana kekhilafan lalu, tempat tinggal di sebalik tembok batu dan tirai besi itu, kini ibarat sebuah ‘universiti’ yang mencorak masa depan lebih gemilang buat banduan.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh portal akhbar tempatan, tinjauan ke bahagian wanita Penjara Pengkalan Chepa, mendapati banduan sudah mula melakar kehidupan baharu yang lebih bermakna selepas mereka meninggalkan tembok batu dan pagar besi itu kelak.

Ada juga yang tidak sabar untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan keluarga tercinta, dengan keazaman mampu mengelak daripada mengulangi perlakuan jenayah yang dilakukan sebelum ini.

Iklan
Iklan

Seperti Anita (bukan nama sebenar) berkata, dia kini mampu membuat kuih termasuk karipap, akok dan kuih talam di samping pelbagai jenis biskut dan kek untuk hari raya.

“Selama menjalani tahanan, saya berjaya mendapat sijil vokasional tahap dua dalam bidang masakan dan apabila bebas saya bercadang membuat kuih dan biskut untuk jualan bagi menampung kehidupan bersama empat orang anak yang masih remaja.

“Seorang rakan yang kini mengusahakan perusahaan kek lapis Sarawak menjadi idola kami untuk menjalani hari tua bersama anak-anak dengan lebih sempurna dan melupakan kisah hitam kerana terbabit dengan jenayah,” katanya yang ditahan kerana memiliki dan positif dadah.

Nani (bukan nama sebenar) pula berkata, penjara menjadikannya lebih berkeyakinan dan tenang untuk menghadapi masa depan.

“Saya sudah boleh bersolat dengan bacaan serta tartil lebih sempurna dan sembahyang lima waktu berjemaah mengikut masa ditetapkan.. dahulu sebelum saya menghuni tempat ini, saya jahil dalam mengerjakan suruhan Allah.

“Di sini, saya diajar membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan betul dan sepanjang tempoh 15 tahun menjalani hukuman, saya boleh mengajar rakan-rakan lain membaca al-Quran,” katanya yang menjalani hukuman kerana membunuh tanpa sengaja.

Kedua-dua mereka berumur 35 tahun.

Sementara itu, Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, banduan wanita yang menjalani tempoh tahanan melebihi satu tahun melalui empat fasa pemulihan dengan dua daripadanya mendalami bidang agama dan kelas kemahiran diri, masakan dan jahitan.

Katanya, pada fasa pertama, banduan menjalani sesi kaunseling untuk membiasakan diri dengan suasana dan berkenalan dengan rakan-rakan baharu selama dua minggu.

Menurut beliau, setiap banduan yang menjalani pengajian masakan, kimpalan dan perabot diberikan sijil tahap dua vokasional dan boleh menggunakan sijil berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

“Sejak memulakan kelas masakan membuat kek lapis lima tahun lalu, Penjara Pengkalan Chepa berjaya melahirkan seorang pengusaha kek lapis di Pasir Puteh dan kini tempahan diterima cukup memberangsangkan.

“Kami juga masih memberikan khidmat nasihat kepada pengusaha terbabit supaya dia mampu mendepani semua cabaran semasa,” katanya.

Sama seperti penjara lain, Penjara Pengkalan Chepa juga diberikan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk dipenuhi sama ada dalam kalangan banduan lelaki mahupun wanita, iaitu bagi tahun 2020, mereka perlu melahirkan 90 banduan yang mendapat sijil kemahiran vokasional Tahap II.

Pengalaman itu mendewasakan. Sejarah atau kisah silam seseorang tidak membawa makna ia merupakan pengakhiran hidup. Jangan pernah putus harapan dan sentiasa positif serta istiqomah untuk berubah ke arah kehidupan lebih baik.

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

7 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

8 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

13 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

14 hours ago