TERDAPAT pelbagai jenis penyakit kulit yang boleh membuatkan seseorang itu terasa gatal dan tidak selesa.

Bukan itu sahaja, lebih teruk lagi ada sesetengah masalah kulit yang boleh mengancam nyawa seseorang.

Prihatin dengan keadaan itu, sebuah jenama penjagaan kulit yang sinonim dengan masalah kondisi kulit, Suu Balm baru-baru ini tampil mengambil inisiatif dengan menyumbangkan produk berkualiti mereka.

Jenama yang diformulasikan oleh The National Skin Centre Singapore yang beribu pejabat di Singapura itu telah melancarkan sumbangan berjumlah lebih daripada RM10,000 di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat mereka pada tahun ini.

Semasa program tersebut, mereka telah mengedarkan produk Suu Balm Rapid Itch Relieving dan Restoring Moisturizer di tiga buah hospital di Lembah Kelang iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang dan Hospital Ampang.

Iklan

Pengurusnya, Shann Bong berkata, sumbangan tersebut adalah salah satu bentuk sokongan Suu Balm terhadap pesakit dan warga hospital khususnya di Jabatan Dermatologi yang berdepan dengan kondisi kulit seperti kulit sensitif, terlalu kering dan gatal-gatal.

Artikel berkaitan: Ekzema, penyakit tidak berjangkit dan perlu dirawat sebelum parah

Iklan

“Kita sedia maklum, masalah kulit yang mereka alami amat memberi impak pada kualiti hidup seharian mereka,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai Suu Balm Malaysia sila layari https://www.suubalm.com.my.