HARI ini, jika kita telusuri, K-Pop sudah menjadi satu fenomena dalam kalangan anak muda.

Masakan tidak, ramai selebriti-selebriti dari Korea Selatan dijadikan idola mereka sehinggakan ada yang terlalu obses.

Bukan itu sahaja, budaya tersebut telah menjadi satu cabang kebudayaan dalam kalangan remaja dan orang dewasa di seluruh dunia yang menimbulkan minat terhadap gaya dan fesyen daripada penyanyi dan kumpulan muzik Korea.

Namun, bukan budaya K-Pop sahaja boleh dipelajari daripada mereka, malah banyak lagi perkara-perkara lain yang lebih ‘dahsyat’ impaknya.

Itu antara perkongsian mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman Twitternya @chedetofficial semalam.

Tulisnya, saya lebih tertarik dengan etika kerja dan nilai budaya orang Korea seperti dalam buku mengenai pengasas syarikat Hyundai yang saya sedang baca sekarang iaitu bertajuk Born of This Land: My Life Story karya Chung Ju-yung.

Mengenai buku tersebut, ia adalah terjemahan bahasa Inggeris dari otobiografi Chung Ju-yung.

Apa yang paling menarik dalam kandungan buku tersebut, Chung berkongsi agar semua orang mempunyai sikap positif yang luar biasa dan etika kerja yang ketat serta gaya pengurusan sendiri iaitu ‘jangan buang masa jika anda mahu menjadi luar biasa’.

Rata-rata netizen turut berkongsi pandangan masing-masing di ruangan komen.

Iklan

@LeeKweeHoong pula berkongsi, saya pernah tanya kawan Korea apakah formula atau rahsia kejayaan negara mereka. Banyak faktor, tapi salah satu paling penting dan budak sekolah pun tahu iaitu kerja hari ini, siapkan hari ini juga. Suatu saranan yang remeh, tapi kesannya besar kalau diikuti dengan disiplin.

Tulis @Fredric09830679, budaya membaca buku yg patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Iklan

Sumber: founders.simplecast.com

Foto: http://ibn-khayr.blogspot.com/ dan @chedetofficial