Bapa tunggal 8 anak tabah jaga empat anak Cerebral palsy. Mohd Zain tak pernah merungut, mohon doa orang ramai

KEHILANGAN isteri akibat kanser payudara tahap empat pada tahun 2016 lalu benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat Mohd Zain Abdullah, 60.

Bapa lapan anak itu tidak menyangka, sakit yang difikirkan cuma bengkak susu yang dialami Nooraini Ismail, rupa-rupanya adalah petanda kanser.

Ketika itu, kata Mohd Zain, Nooraini kerap mengadu rasa ngilu seperti ada ketulan pada bahagian dadanya, namun enggan dibawa ke hospital.

“Puas saya pujuk mahu bawa jumpa doktor bila dia mengadu sakit, tapi alasannya siapa mahu menjaga anak-anak? Memang arwah jenis tak nak susahkan orang.

“Pun demikian, bila keadaannya semakin lemah, saya terus bawa ke hospital. Namun kata-kata doktor buat saya terkejut apabila dia disahkan kanser payudara tahap kritikal,” katanya yang menetap di Kampung Kok Keli 1, Tumpat, Kelantan.

Percaya masih ada harapan untuk isteri sembuh semula, Mohd Zain bersetuju dengan segala saranan doktor termasuk pembedahan membuang ketumbuhan isterinya.

Iklan
Iklan

Sudah tertulis di luh mahfuz, wanita kesayangannya meninggal dunia selepas empat bulan bertarung melawan kanser.

 

ANAK PALING ISTIMEWA

Ujar Mohd Zain, menjadi bapa tunggal amat mencabar memandangkan empat daripada anaknya, masing-masing dua perempuan dan dua lelaki menderita Celebral palsy.

Anak ketiganya, Khairul Nisaa’ atau Nisa yang berusia 29 tahun dan anak ketujuh, Ain Husna atau Ain (21 tahun) hanya mampu terbaring lemah.

Makan, minum, mandi dan semua perkara perlu diuruskan termasuk pemantauan berterusan.

Pun demikian, semua urusan tersebut diringankan dengan bantuan anak keduanya, Umi Shamira, 31, dan anak keenam, Mohd Amar Aizat, 24.

Baca juga Sudah terlantar atas katil sejak 21 tahun lalu, ibu ini mohon belikan kerusi roda

Begitu juga dengan kebajikan dua anak bujangnya iaitu Mohd Yusri (anak sulung) dan anak keenam, Muhammad Amir. Semuanya dijaga dengan sebaiknya.

Kata Mohd Zain, Umi Shamira sanggup berhenti kerja sebagai pembantu jualan demi menolongnya menjaga adik-adik.

“Mahu menguruskan mereka yang Celebral palsy agak sukar sedikit. Kadang-kadang Nisa agak agresif dan memerlukan dua orang untuk mengendalikannya terutamanya ketika mandi.

“Lega hati bila ada anak-anak lain bantu. Dulu semasa isteri masih ada, memang saya akan uruskan anak-anak sebelum keluar bekerja,” kata tukang rumah itu yang pasrah dan reda dikurniakan anak kurang sempurna.

MENINGGAL DALAM TIDUR

Sedikit tentang cerita Mohd Yusri, beritahu Mohd Zain, si kecil itu pada asalnya dilahirkan normal.

“Namun, ketika usia tiga bulan, dia tak boleh meniarap. Bila ke hospital, memang ada masalah. Pada usia tujuh tahun, Mohd Yusri meninggalkan kami. Sementara, Muhammad Amir pada umur 19 tahun.

“Masih segar dalam ingatan, Muhammad Amir meninggal dunia ketika tidur. Tiada sakit atau apa-apa tanda sekali pun, tapi dia pergi mengejut.

“Malah, malam sebelum kejadian, dia memang aktif dan ‘bermain’ dengan adik beradik yang lain. Itulah, saya memang tak sangka dia pergi sekelip mata,” kata lelaki itu dengan sebak.

Baca juga 13 tahun menderita kepala senget 90 darjah, hidup remaja ini berubah selepas…

Ketika mengimbau momen berkenaan, Mohd Zain terdiam sejenak di corong telefon.

Kemudian dengan nada sayu, beliau berkata: “Mungkin mereka lebih baik dan bahagia di sana.”

Pun demikian, ketakutan terbesar lelaki berkenaan adalah tentang kehilangan.

“Saya takut nasib sama menimpa Nisa dan Ain. Kadang-kadang kalau lihat mereka tidur, hati ini jadi sayu sangat.

“Saya terfikir, mungkinkah esok saya yang tak ada atau mungkinkah anak-anak yang pergi dulu? Itulah yang asyik bermain di fikiran. Setiap malam saya tak putus-putus berdoa supaya terus diberikan kekuatan,” ujarnya.

BANTUAN

Soal bantuan dan keperluan anak-anak, Mohd Zain sangat bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang sangat meringankan beban mereka sekeluarga.

Dengan nada langsung tidak merungut dan mengetahui takdir ALLAH lebih indah daripada segalanya, ucapan yang dizahirkan beliau cukup mengharukan kami.

Ujarnya dengan tenang: “Cukuplah dengan dana yang ada setakat ini. Memang ada lagi orang yang nak bantu, tapi saya tolak dengan cara baik.

“Rezeki anak istimewa ini memang luas. Cuma saya mohon doa daripada semua supaya saya diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjaga mereka.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

2 hours ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

5 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

5 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

6 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

11 hours ago