BARU-baru ini tular di media sosial video memaparkan seorang individu mirip seseorang yang dikenali ramai.

Susulan itu, semalam media melaporkan seorang pendakwah terkenal dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.

Siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu kekal misteri sehingga petang Khamis apabila pendakwah Ebit Lew mendakwa dipanggil bagi membantu siasatan.

Pendakwah berusia 36 tahun itu mendakwa dipanggil ke Bukit Aman, untuk membantu kes siasatan berhubung fitnah yang sangat melampau terhadap dirinya pada Khamis.

Baca juga Team Ebit Pertama Dunia Masuk Ikut Pintu Rafah, Diiringi Kereta Perisai Tentera Mesir

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menyifatkan kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

“Pihak polis telah merakam kenyataan saya selama lebih satu jam dan saya memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Warganet rata-rata mendoakan semoga dipermudahkan urusan pendakwah bebas dan trainer itu.

Baca juga Peluk Islam Usia 12 Tahun, Miliki 22 Cawangan Elewsmart. Ini 7 Fakta Tentang Ebit Lew

“ALLAHU, hebat sungguh dugaanmu. Tapi itulah jihad namanya, makin besar jihadmu, makin besar dugaannya.”

“Semoga ALLAH pelihara Ebit Lew dari segala bahaya dan fitnah dunia. Aamiin ya rabbal Aalamiin.”

“Biarlah polis buat siasatan. Zaman sekarang ini teknologi deepfake boleh buat tampal muka orang atas video lain semudah ABC dan sebiji macam video real.”

Iklan

“Bagi polis buat siasatan, akhir zaman ini macam-macam benda boleh jadi.”

“Semoga semua dapat keadilan dan kita berlaku adil dalam menilai. Sebenarnya, siapa pun dipanggil untuk bagi statement, jangan dituduh apa-apa dulu selagi tak didakwa dan dijatuhkan hukum bersalah.”

“Semoga dipermudahkan urusan Ustaz.”

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam kenyataan media memaklumkan telah merakam keterangan percakapan Ebit bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas  hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut,” katanya.

Iklan

Sehubungan itu, PDRM memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes dapat disiasat dengan telus.

PDRM juga  dinasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan bahan yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Ebit Lew bukanlah nama asing di negara ini. Beliau merupakan hartawan yang dermawan kerana sentiasa proaktif turun padang membantu golongan memerlukan.

Beliau sentiasa mendapat perhatian netizen kerana keprihatinnya membantu masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

Sumber: Sinar Harian, Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )