Bertanding PRU15, berikut 20 fakta tentang Lando Zawawi Brotherhood

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan. Orang ramai sudah mula mencari-cari maklumat tentang calon-calon yang bakal bertanding pada hari bersejarah itu.

Paling mendapat perhatian adalah profil latar belakang calon Pejuang bagi kawasan Parlimen P095 Tanjung Karang, Azlan Sani Zawawi atau nama popularnya Lando Zawawi Brotherhood. Ramai mengenali beliau sebagai pelakon dan juga pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood.

Fasih berbahasa Inggeris, Lando yang mempunyai kelulusan akademik dari University Of Tasmania, Australia pernah ditemu bual oleh pihak akhbar tempatan berbahasa Inggeris awal tahun lalu. Ramai kagum dengan kepetahan dan kelancaran Lando berbahasa Inggeris.

Iklan
Iklan

Berikut dikongsikan 20 fakta tentang Lando Zawawi yang perlu anda tahu:

1.Sebelum aktif dalam bidang politik, Lando banyak membintangi karya-karya terbitan Skop Productions termasuklah siri ‘Roda-Roda Kuala Lumpur.’

2.Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood.

3.Lando cukup terkenal dengan aktiviti membaiki jalan-jalan raya yang rosak dan berlubang secara percuma sejak tahun 2007 sehingga kini.

4.Manifesto Lando ialah untuk menaik taraf jalan sedia ada.

5.Brotherhood direka sebagai satu watak antagonis bagi memberikan cabaran kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah jalan berlubang.

6.Lando nekad bertanding kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas kematian ahli Brotherhood akibat nahas jalan raya.

7.Tidak akan mendaftar sebagai ahli parti politik.

8.Hanya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menerima tiga syaratnya untuk menjadi calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

9.Lando meletakkan syarat sekiranya parti tersebut membentuk kerajaan, sebarang kesalahan rasuah melibatkan jumlah melebihi RM100,000 perlu dijatuhi hukuman mati.

10.Pernah bekerja dalam bidang minyak dan gas sebelum menceburkan diri dalam dunia hiburan.

11.Lando Zawawi antara tiga calon selebriti terkenal yang menjadi taruhan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk bertanding di Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selain pelakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof serta pelakon, penerbit dan pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nazri.

12.Lando merupakan individu yang dikenali sebagai ‘walk the talk,’ tidak sembang kosong dan merealisasikan sesuatu perkara hingga menjadi kenyataan.

13.Bermulut lancang dan berani membuat teguran, Lando tergolong dalam individu yang tegas dan nekad dalam membuat keputusan dan tindakan.

14.Mahu melihat peniaga kecil di kawasan pesisir pantai merasai kesan limpahan sektor ekonomi.

15.Bersahabat dengan seorang aktivis organisasi Islam Malaysia dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya.

16.Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

17.Berusia 47 tahun.

18.Mahu mencari penyelesaian dan cara mengatasi masalah ban pecah yang menyebabkan air melimpah di Tanjong Karang.

19.Terlibat dengan penghasilan teknologi terbaharu kaedah turapan jalan (usahasama MIROS dan SIRIM Malaysia)

20.Ikon Permotoran SPRM (GERAH).

Sumber: Pejuang Tanahair, Sinar Harian

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Wartawan SinarPlus

Published by
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

2 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

3 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

3 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

5 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

8 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

9 hours ago