Biar betul! Dek seiras, ‘lockscreen’ Syida Melvin boleh dibuka guna wajah kakak

Biar betul! Dek seiras, ‘lockscreen’ Syida Melvin boleh dibuka guna wajah kakak

PENGGUNA telefon bimbit pastinya akan menetapkan kekunci atau kata laluan bagi mengakses peranti eletronik itu untuk keselamatan.

Apabila skrin terkunci, sesiapa pun tak akan dapat akses maklumat yang ada dalam telefon bimbit kita.

Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan adik-beradik usahawan dan model, Syida Melvin ini.

Syida terkejut apabila lockscreen telefonnya boleh dibuka oleh kakaknya, Syafiqa Melvin melalui Face ID.

Iklan
Iklan

Menerusi muat naik yang dibuat oleh @bonnorhidayah, adik-beradik Melvin itu terperanjat kerana wajah mereka yang seiras dapat mengakses masuk ke telefon orang lain.

Malah mereka juga mengatakan ingin melaporkan masalah itu kepada pihak Apple.

“Kak Long boleh akses fon aku guna Face ID.

“Harey aku kena report kat Apple ni, amboi sah-sah orang lain tau,” ujar Syida.

Baca juga Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

Kredit foto: Instagram Syifamelvin

Lebih menghiburkan lagi apabila, Syafiqa seolah-olah sangat gembira kerana mampu menceroboh masuk telefon adiknya tanpa perlu menggunakan kata laluan.

“Aku boleh buka fon dia, sebab muka aku dia boleh detect kat fon dia,” kata Syafiqa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman yang sama kerana mempunyai wajah yang seiras.

Ujar mereka;

“Muka sama pattern memang bolehla, bahaya sungguh.”

“Adik aku pun boleh acces lockscreen aku.”

“Adik-beradik aku pun macam ni, muka masing-masing boleh acces Face ID masing-masing.”

Baca juga ‘Sindrom mak mak ni, sebak baca.’ Kongsi wajah anak yang kini 8 bulan, ramai puji wajah seiras Ernie Zakri!

“Saya dengan kembar saya pun sama.”

“Haha sama macam suami saya dengan anak yang bongsu… muka sepesen memang boleh detect.”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 1 juta tontonan dan menerima lebih 85,000 tanda suka.

Alamak! Bahaya laa pula…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Share
Faezah Muda

 

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

8 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago