Boleh cuti bersalin setahun, 5 bulan bergaji penuh, perkongsian Dr Amalina buat warganet ‘cemburu’

BOLEH cuti bersalin hingga setahun, demikian perkongsian doktor pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri yang menjadi perhatian warga maya. Tidak hanya itu, beliau mendedahkan akan memperolehi gaji penuh selama lima bulan pertama sepanjang tempoh cuti tersebut.

Dr Amalina, 35, merupakan seorang pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK). Beliau yang sedang hamil cahaya mata mendedahkan akan melahirkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Johor Bahru itu menjawab soalan diajukan warganet menerusi Insta Stories, laman sosial Instagram.

Salah seorang daripada netizen bertanya berkenaan cuti bersalin yang bakal dijalani selepas melahirkan bayinya tidak lama lagi.

Baca juga: Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

Baca juga: Isu doktor pelatih dibuli hingga tamatkan riwayat diri, Dr Amalina tampil bersuara

Iklan
Iklan

“Cuti bersalin saya akan bermula pada minggu jangkaan bersalin, kecuali saya bersalin lebih awal.

“Saya boleh mengambil cuti bersalin sehingga setahun. Saya mungkin akan cuti bersalin selama 10 bulan supaya Alex juga boleh mengambil ‘parental leave’ bersama-sama,” titip Dr Amalina.

 

Sedang bekerja dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah), Dr Amalina turut menjawab pertanyaan netizen berkaitan cuti bersalin dan gaji yang bakal diterima.

Baca juga: Dr Amalina rangkul anugerah di Britain, Women of Future Awards 2021

“Gaji penuh pada lima bulan pertama daripada majikan saya,” katanya menambah setiap majikan dan organisasi mempunyai polisi berkaitan bersalin yang berbeza.

 

Perkongsian wanita yang meraih 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 itu meraih perhatian warga maya. Rata-rata warganet meluahkan betapa bertuah jika ditawarkan cuti bersalin yang panjang.

-“Jika begini kelebihannya, saya pun tidak akan balik bekerja di Malaysia. Cuti bersalin hingga setahun, jika di Malaysia tiga bulan sahaja.”

-“Baru-baru ini hendak kuat kuasa cuti bersalin 98 hari pun tak jadi, akhirnya ditangguh.”

-“Tidak silap saya kerajaan Jerman juga menawarkan cuti bersalin hingga setahun kerana kadar kelahiran rendah.”

– “Satu tahun? Indahnya, saya cuti bersalin tiga bulan. Bayi masih kecil lagi sudah hantar ke pengasuh. Hati ibu sedih Tuhan sahaja yang tahu.”

– “Boleh jaga dan bonding time dengan baik bersama anak.”

Baca juga: Wow! Dr Amalina selebriti kedua muncul dalam Vogue Britain. Bukan calang-calang orang ya

Baca juga: Dr Amalina kongsi 5 tip elak lengah tugasan, istimewa buat pelajar Malaysia

Gambar hiasan

Selain itu, segelintir warga maya mendedahkan majikan daripada syarikat antarabangsa yang turut menawarkan cuti bersalin yang panjang kepada pekerja mereka.

-“Dahulu di Malaysia pun ada syarikat multi nasional yang memperuntukkan cuti bersalin sehingga empat hingga lima bulan. Kini akta sudah diubah, tidak pasti sama ada  bertambah sebulan lagi atau kekal.”

-” Syarikat saya bekerja, cuti bersalin anak pertama enam bulan, anak kedua dan seterusnya tiga bulan. Cuma jika cuti bersalin disambung atau dilanjutkan, pekerja akan diberi separuh gaji. Okaylah sekurang-kurangnya ada pilihan.”

Baca juga: Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan

Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles pada 31 Mac 2021.

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, 120 buah negara menawarkan cuti bersalin bergaji kepada pekerja wanita.

Manakala World Population Review pula menyenaraikan 10 buah negara yang memberikan cuti bersalin terpanjang seperti berikut:

1.Bulgaria – 58.6 minggu
2.Greece – 43 minggu
3.United Kingdom -39 minggu
4.Slovakia – 34 minggu
5.Croatia – 30 minggu
6.Chile – 30 minggu
7.Republik Czech – 28 minggu
8.Ireland – 26 minggu
9.Hungary – 24 minggu
10.New Zealand – 22 minggu

Baca juga: Tarikh jangka sudah lepas belum bersalin lagi, ibu hamil overdue lebih 42 minggu ini puncanya

Baca juga: Sebaknya, ibu meninggal dunia ketika bersalin, bayi 4 bulan naik pentas terima ijazah

Sumber: Instagram dramalinabakri, Twitter @tycatttttt

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Azma ML

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

11 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

12 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

12 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

14 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

17 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

18 hours ago