Cabaran jururawat kawalan infeksi, Noor Azreen pastikan frontliners lengkap sebelum berjuang

TIDAK pernah dalam tempoh sehari menjadi saat yang tenang buat kami semua. Setiap malam dan hujung minggu, kami tetap perlu bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.“

Itulah kata-kata jujur dan penuh bersemangat jururawat kawalan infeksi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Noor Azreen Nadzim.

Selaku petugas barisan hadapan atau frontliners, Noor Azreen berkata, beliau dan pasukannya sentiasa bersiap siaga berdepan sebagai cabaran demi membendung wabak pandemik Covid-19 yang masih mencengkam negara ketika ini.

Kepada SinarPlus, jururawat berusia 34 tahun itu berkata, pada setiap hari, pihaknya akan memastikan kakitangan yang bertugas menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dengan betul.

“Sekiranya ada kes positif dilaporkan, kami akan menjalankan siasatan bagi memastikan risiko pendedahan kakitangan yang terlibat dengan penjagaan pesakit.

“Penilaian risiko ini penting bagi memastikan kakitangan yang terdedah segera diasingkan dan disaring secepat mungkin,“ ujarnya ketika diwawancara secara maya baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai peranannya dalam membendung wabak koronavirus itu, beliau barkata, selain mendengar aduan dan pandangan rakan setugas untuk penambahbaikan peranan petugas barisan hadapan, pihaknya turut berkolaboratif dengan pejabat kesihatan daerah untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Iklan
Iklan

“Hospital Gleneagles telah menubuhkan petugas khasnya iaitu Hospital Infectious Outbreaks Committee yang diaktifkan sejak Mac lalu. Ia melibatkan pihak pengurusan hospital, wakil jabatan kejururawatan, doktor dan jabatan yang berkaitan.

Artikal berkaitan: Lelaki tertusuk pisau di kepala kembali kerja selepas 3 hari, pernah ditembak tujuh kali

“Antara tanggungjawab kami adalah memantau keadaan semasa, mengkaji dan membuat polisi baharu berdasarkan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia selain memastikan kelengkapan seperti PPE dan cecair pembasmi kuman mencukupi,“ terangnya.

Rintangan, pengorbanan

Tatkala ditebak mengenai dugaan paling berat ditanggung sepanjang menguruskan kes Covid-19, graduan SJMC Academy of Nursing and Health Science itu berkata, beliau paling khuatir jika berlaku kekurangan stok PPE mahupun cecair pembasmi kuman.

“Bayangkan kalau kedua-duanya kehabisan? Bagaimana frontliners dapat bertugas dengan baik? Banyak persoalan timbul memandangkan wabak ini sesuatu yang baharu bagi semua.

“Justeru, kami terpaksa mengawal penggunaannya (PPE dan cecair pembasmi kuman) bagi memastikan bekalan mencukupi. Bukan itu sahaja, kami turut menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok yang berkualiti,“ ceritanya.

Akui pemegang Diploma Sains Kejururawatan dan Pos Basik Kawalan Infeksi itu, bagi memastikan pematuhan SOP pada peringkat awal, ia sebenarnya amat sukar kerana masih ada yang tidak faham dan beranggapan wabak koronavirus ini sama seperti pandemik lain.

“Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam tempoh singkat. Pun begitu, semua yakin wabak ini akan berakhir seperti penularan jangkitan sistem pernafasan akut yang teruk (SARS) dan Influenza A (H1N1),“ ujarnya dengan nada positif.

Artikal berkaitan: Sayang, anggap Aish seperti anak kandung walau si kecil tak sempurna, moga syurga untuk ibu ini

Sesungguhnya, kegigihan barisan petugas barisan hadapan memang tidak dapat disangkal lagi. Cerita Noor Azreen, demi komitmennya kepada kerja, dirinya  sanggup meninggalkan anak yang masih kecil, masih menyusu badan demi menggalas tanggungjawab untuk negara.

“Pada awal penularan wabak Covid-19, anak kedua ketika itu baru berusia empat bulan dan masih menyusu badan. Saya terpaksa meninggalkan mereka di rumah pada waktu malam atau hujung minggu demi tuntutan kerja.

“Memang sukar bagi saya kerana ketika itu, kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan yang mana sekolah ditutup termasuk rumah asuhan. Jika ada tugasan waktu malam atau panggilan kecemasan, saya tiada pilihan dan terpaksa hubungi suami yang juga bertugas sebagai anggota polis untuk menjaga anak untuk tempoh tertentu,“ katanya.

Berkat kesabaran dan ketabahan, ALLAH permudahkan segalanya apabila ibunya yang sanggup datang dari Kedah sudi membantu menjaga anak-anaknya sepanjang tempoh getir itu.

“Syukur ibu sanggup datang. Apabila ibu ada bersama, hati pun tenang kerana dapat melihatnya dan anak-anak di depan mata.

“Saya juga bersyukur kerana pihak pengurusan amat memandang serius kebajikan pekerja termasuk rakan sejawat yang banyak tolong dan memberi semangat. Ia menjadi faktor penting untuk saya terus berkhidmat sebagai frontliners,“ tuturnya.

Bercerita lanjut, Noor Azreen berkata, sebenarnya jururawat bukanlah cita-cita asalnya, namun atas dorongan seorang rakan dan galakan arwah bapanya, Nadzim Saad membuatkan beliau berani menceburi bidang kejururawatan ini.

“Alhamduillah inilah kerjaya kebanggaan saya sekarang ini. Saya masih lagi ingat kesungguhan arwah abah yang pujuk dan sanggup ambil cuti temankan saya untuk sesi temu duga di Kuala Lumpur.

“Kami naik bas waktu malam dan sampai menjelang Subuh. Habis saja sesi, kami terus balik ke Kedah sebab abah dapat cuti sehari sahaja. Memang kenangan tidak boleh dilupakan sampai bila-bila,“ kongsi anak kedua daripada empat beradik itu yang sedikit pun tidak ralat mengehadkan masa bersama keluarga tersayang demi tugasnya sebagai jururawat kawalan infeksi.

PROFIL

  • Nama: Noor Azreen Nadzim
  • Umur: 34 tahun
  • Asal: Selangor
  • Tahap pendidikan: Diploma Sains Kejururawatan dan Pos Basik Kawalan infeksi
  • Pengajian: SJMC Academy of Nursing and Health Scienes
  • Facebook: Reen Aiyien
Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

8 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago