Cadang letak nama Azizulhasni Awang untuk velodrom di Dungun, suntik semangat generasi muda
DATUK Azizulhasni Awang, ikon sukan berbasikal trek Malaysia. Pemenang pingat perak di Olimpik Tokyo baru-baru ini dan gangsa pada Olimpik Rio 2016 bukan calang-calang orangnya.
Azizulhasni yang juga anak kelahiran Kampung Nibong Stesen, Dungun, Terengganu juga tidak asing dalam kejohanan berbasikal dunia. Malah ketekunannya membuahkan hasil apabila beliau berjaya memungut lima pingat buat negara bagi acara pecut dan keirin.
Justeru, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek menyarankan velodrom yang sedang dibina di Dungun dinamakan sempena nama jaguh berbasikal kelahiran daerah itu.
Beliau berkongsi cadangan tersebut walaupun menyedari wujud kekangan dasar yang tidak membenarkan bangunan dinamakan namakan atas nama individu yang masih hidup.
Bagaimanapun, katanya Kabinet masih boleh memberikan keistimewaan tertentu untuk membolehkan perkara tersebut dilaksanakan.
Gambar progress terkini bagi Projek Pembinaan Velodrom Di Dungun,Terengganu. Progress semasa fizikal adalah 77% bagi kemajuan keseluruhan projek.#TogetherWeDeliver@JKRMalaysia@JKRTerengganu@yusufghani200@AlAzhar_JKR@zulfazimie90@noorulaslizapic.twitter.com/8rbYCyFz6p
— JKR Dungun (@JKRDungun) ?ref_src=twsrc%5Etfw">April 19, 2021
“Misalnya Arena Nicol David di Bukit Jalil untuk gelanggang squash atau Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kuching.
“Lain-lain negara banyak yang boleh dicontohi. Rod Laver Arena di Melbourne dan Arthur Ashe Stadium di USA.
“Nama adalah sumber inspirasi. Inspirasilah yang membina generasi akan datang,” tulisnya.
Baca juga Azizulhasni Kini Bergelar Datuk. 5 Fakta Menarik The Pocket Rocketman
Difahamkan, pembinaan velodrom yang terletak di Kampung Balai Besar itu bermula dari 2010 dan menelan kos sebanyak RM11.8 juta.
"Pecah tanah 2010, masa tu John Beasley, jurulatih Jijoe (Azizulhasni) pun datang.
“Dia sangat teruja apabila ada usaha nak berikan pendedahan awal kepada anak kampung dalam arena basikal trek.
"Sebelum itu ‘mosquito riders’ berkayuh di jalan raya sudah membudaya di kalangan anak muda, ini velodrom permulaan sebelum ke tahap yang lebih tinggi seperti di Nilai," tulis Shabery dalam laman Facebooknya.
Baca juga Azizulhasni Cukur Semua Bulu Roma Sebelum Berlumba? Ini Sebabnya
Sesungguhnya, proses melahirkan seorang jaguh sukan memakan masa yang panjang dan ekosistem luas yang mendorong.
Diharapkan pemilihan nama yang sesuai dapat memberikan motivasi dan semangat buat anak muda tempatan memajukan diri dalam sukan yang diminati.
Sumber: FB Shabery Cheek Azizulhasni Awang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang