Campak sampah sampai pecah kereta orang, perkongsian wanita ini bikin ramai panas hati

SELAMBA campak dan buang sampah dari tingkat atas sehingga merosakkan harta benda orang lain!

Sikap orang yang suka pentingkan diri sendiri itulah yang membuatkan ramai orang terkena tempias dan akibat yang tidak disangka-sangka.

Perkongsian seorang wanita di akaun Tiktok yang dikenali sebagai @piqahhhhs_ membuatkan ramai netizen panas hati.

Wanita itu baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya sebaik melihat cermin belakang kereta miliknya pecah dan berbau busuk.

Semua itu berlaku gara-gara sampah yang dicampakkan dari tingkat terkena kenderaan beliau yang diletakkan di kawasan perumahan tersebut.

Tulis pengguna TikTok yang juga seorang usahawan itu lagi, disebabkan pengguna flat yang tiada kesedaran sivik dan membuang sampah sesuka hati membuatkan orang lain yang menanggung natijahnya.

Iklan
Iklan

“Baling sampah dari atas, punya pemalas nak turun buang sampah! Sudah baiki cermin dengan kos RM500 dan cuci dekat RM100 tetapi masih berbau,” kongsinya.

Bagi menerangkan tuduhan mengenai kononnya bunyi ekzos kereta beliau yang kuat menjadi punca khianat, wanita tersebut menafikan.

“Kereta kami biasa sahaja dan ini bukan sebab khianat tetapi sikap manusia yang duduk di kawasan rumah flat yang memang pemalas.

Baca juga[VIDEO]Selamba campak sisa mi segera dari balkoni rumah flat undang amarah ramai

“Kami selalu datang ke sini untuk ziarah atuk setiap minggu dan inilah tempat kami membesar sejak kecil. Jadi, sudah tahu perangai penduduk di sini,” tambahnya sambil menambah, kawasan tempat letak keretanya bukan berdekatan dengan tong sampah.

Dengan nada penuh penegasan, ahli perniagaan tersebut menjelaskan, perkongsian beliau bukan mahu burukkan sesiapa.

Namun, cuma mahu beri kesedaran kepada semua supaya perkara sama tidak berulang.

“Ini kereta rosak boleh dibaiki, jika kena dekat orang bagaimana? Pernah jatuh pasu sebelah ayah saja, nasib baik tak ada apa-apa,” ceritanya.

Baca juga [VIDEO]Flat dipenuhi sampah, rider terpaksa redah hantar makanan pelanggan

Video pendek berdurasi 15 saat itu menerima lebih 654,300 jumlah tontonan apabila ramai netizen tumpang simpati dengan kejadian tersebut.

Ramai yang mencadangkan supaya kawasan tersebut dipasang rakaman televisyen litar tertutup supaya pelaku boleh dikenakan tindakan.

Tidak kurang juga bengang dengan sikap kurang sivik segelintir orang.

Antara sebab ramai tidak suka tinggal di kawasan flat.

Bersabarlah. ALLAH nak uji hamba-NYA.

Sudah tidak larat ganti cermin motosikal asyik pecah.

Sedih juga memikirkan sikap segelintir pihak yang masih kurang beradab dan peka dengan keadaan sekeliling.

Kes buang sampah dari tingkat atas flat sebenarnya bukannya perkara baharu, malah terdapat kejadian meragut nyawa penduduk.

Baca juga [VIDEO] “Pemilik Proton Wira, anda telah buang sampah di luar tong, sila ambil semula” – MBSP tegur lelaki menerusi CCTV

Justeru, kita semua perlu mengambil iktibar dengan insiden yang dikongsikan supaya tidak berulang pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakom elakon, Toq 40, erkongsi berita…

17 mins ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

6 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

6 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

9 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

10 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

11 hours ago