KEHADIRAN zuriat adalah dambaan setiap pasangan yang berumahtangga.

Setelah bertahun menunggu kehadiran si kecil, seorang jururawat pergi dahulu kerana jangkitan virus Covid-19 sebelum sempat lihat anak pertama

Lebih menyentuh hati, kelahiran tersebut merupakan penantian selama 10 tahun Allahyarham dan suami selepas melangsungkan perkahwinan mereka.

Baca juga Ibu Hamil Positif Covid-19 Wajib Ke CAC Walau Tak Ada Gejala, 6 Perkara Perlu Buat Elak Hilang Dua Nyawa

Jururawat terlatih Norfaizah Mohamed Nor, 34 telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.02 pagi semalam selepas melahirkan cahaya matanya ketika kandungannya baru memasuki 26 minggu secara pembedahan caesarean kecemasan.

Allahyarham Norfaizah berjuang melawan virus Covid-19 peringkat kelima iaitu peringkat tertinggi selepas mendapat jangkitan daripada pesakitnya.

Baca juga Siti Sarah ‘Pergi’ Setelah 65 Jam Ditidurkan, Berikut Kronologi Kehamilan Dan Jangkitan Covid-19 Dilaluinya

Pemergian Norfaizah adalah kehilangan besar kerana Allahyarham disifatkan sebagai seorang petugas yang berdedikasi.

Bayinya, Muhammad Umar Faliq, belum sempat melihat ibu, apatah lagi merasakan kehangatan pelukan dan titisan susu ibunya.

Anak kecil itu dilaporkan kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut memandangkan lahir pramatang.

Iklan

Akhir-akhir ini banyak kes kematian Covid-19 melibatkan wanita hamil. Setakat 9 Ogos, seramai 70 ibu hamil direkodkan menjadi korban disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 di negara ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil direkodkan pada tahun lalu.

Beliau berkata, bagi tahun 2021, purata kes Covid-19 bagi bulan Januari 2021 sehingga bulan Mei 2021 adalah sebanyak dua kes pada setiap bulan.

Dr Noor Hisham menjelaskan, sejak Mac 2020 sehingga Jun 2021, sejumlah 3,396 kes Covid-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia iaitu dengan anggaran satu peratus ibu hamil telah dijangkiti.

Iklan

Baca juga [VIDEO] “Mati Akibat Wabak Covid-19 Ini, Jika Menepati Syarat-Syaratnya, Dianggap Sebagai Syahid.” – Datuk Seri Dr Dzulkifli

Ibu hamil adalah kategori pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi. Wanita yang dijangkiti semasa hamil, berkemungkinan besar akan mengalami jangkitan yang paling serius.

Malah ada laporan yang menyatakan jika ibu hamil dijangkiti wabak itu semasa trimester ketiga kandungan, risiko kematian adalah sangat tinggi.

Foto: Facebook Eizza Nor, Sham M Nor