SIMPATI dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini, seorang pemilik akaun Twitter @yuzainull memohon sumbangan orang ramai supaya dapat bersama membantu meringankan beban.

Selepas disahkan menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak (hydrocephalus) dan masalah saluran darah antara otak ke jantung tidak normal, derita Muhammad Daiyan Faris Rayyan Khaire, 5, masih belum berakhir.

Menurut @yuzainull atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Zainal Abidin, 27, dia terpanggil untuk membuat hebahan bantuan melalui twitter untuk menarik perhatian ramai.

“Hari itu saya ada nampak post di FB tapi biasalah benda ni banyak yang mengarut dan bila share bab kemanusiaan macam ni, semua tak pandang.

“Jadi saya try post dalam twitter. Gambar yang share dalam FB barulah ada yang responds. Niat nak bantu je sebab saya kenal keluarga ni dan bukannya scam,” ceritanya ketika dihubungi SinarPlus.

Siapa sangka, perkongsian itu menarik ramai pengguna Twitter dan masing-masing tidak putus-putus mendoakan kesihatan adik Daiyan supaya cepat sembuh.

daiyan

Sempat SinarPlus menghubungi ibu Daiyan, Roziyana Abdul Razak, 37, yang kini sibuk berjualan sate di Bazar Street Ampang, Kuala Lumpur untuk menampung kos hidup selain suaminya, Khaire Abd Karim, 37, bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.

Iklan

“Daiyan sekarang ini kerap diserang sawan, mungkin disebabkan berlaku pendarahan akibat gegaran kecil pada kepala menyebabkan mulutnya berdarah.

Artikel berkaitan: Si Comel berdoa sebab perut boroi sangat, takut meletup

“Lagi satu, Daiyan baru je buat pembedahan di bahagian pinggul sebab tulang pinggul terkeluar dan kena kerap buat rawatan susulan,” ceritanya dengan sebak.

Iklan

Orang ramai yang ingin membantu, bolehlah salurkan dana kepada akaun Maybank 514495690786 Roziyana Bt Abd Razak.