TERKURUNG di dalam bilik air bersama anak-anak yang masih kecil memang boleh mengundang panik dan cemas.

Apatah lagi, tombol pintu yang tersekat cuba dipecahkan, tetapi usaha itu gagal.

Dengan tiada telefon di tangan, menjerit pun tiada orang dengar. Memang akan mengundang macam-macam perasaan.

Begitulah detik-detik mencemaskan yang dialami Safra Hussain bersama dua anaknya yang terkurung lebih 7 jam di dalam bilik air.

terkurung

Si kecil itu difahamkan sudah kesejukan dan bergantung kepada air heater sahaja untuk mengisi perut yang kelaparan.

Perkongsian usahawan itu benar-benar memberikan pengajaran supaya para ibu sentiasa beringat dan lebih berhati-hati bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku.

Cerita Safra, ketika tersedar terkunci dari dalam bilik air, beliau cuba untuk bertenang dan mengalihkan perhatian kepada anaknya bermain buih.

“Ketika itu, macam-macam usaha sudah buat untuk buka pintu termasuk penyangkut tuala dicabut untuk mengetuk tombol tetapi tidak menjadi.

“Masa itu, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan saya. Cuba alihkan rasa panik dengan membasuh tandas, tetapi bila Mikayla kata sejuk, tangan kaki kebiruan kecut, hati saya luluh,” tulisnya.

terkurung

Kongsi Safra lagi, ketika itu dirinya juga tidak kuat apabila si bongsu, Maleeqa yang menyusu badan sampai satu tahap sudah hypo.

“Masa itu, saya rasa sudah lemah, rasa nak tidur, rasa mcm nak tutup mata. Cara kita orang nak survive dengan buka air heater paling panas, tetapi risiko sesak nafas.

“Tak tahu masa itu jam berapa dah, namun disebabkan anak-anak, saya cuba ketuk-ketuk tombol semula tetapi masih sia-sia,” ceritanya.

terkurung

Kata Safra, naluri suaminya yang tidak sedap hati melihat beliau ‘hilang’ seharian dengan telefon tidak berjawab akhirnya menyelamatkan mereka anak beranak.

“Pada jam 2 petang, suami sudah tidak sedap hati dan pada jam 4.30 petang, dia tergerak hati untuk pergi ke sekolah Mikayla.

Iklan

“Apabila cikgu maklum anak tidak bersekolah, terus suami bergegas pulang ke rumah. Alhamdulillah, kami semua selamat,” kongsi Safra dalam akaun Facebooknya.

Situasi cemas yang dialaminya mendorong Safra mengingatkan kita semua supaya sentiasa bergantung kepada ALLAH dan jangan lupa bawa telefon ke mana-mana sahaja.

terkurung

Namun, apa-apapun Safra dan anak-anak selamat. Pasti mereka sekeluarga masih trauma dengan kejadian seperti itu.

Perkongsian itu turut menarik perhatian ramai warganet dan masing-masing bersyukur Safra sekeluarga selamat.

Iklan

terkurung

Tidak kurang juga berkongsi pengalaman sama.

terkurungPenulis sendiri pun pernah berdepan insiden sama beberapa bulan lalu dan memang tidak dinafikan, situasi itu memang mengerikan!

Gara-gara kejadian itu, tombol pintu wajar ditukar baharu memandangkan risau jika anak kecil terkurung dari dalam.

Beringat sebelum terlambat. #kitajagakita