KECOH di media sosial apabila seekor beruang dikatakan merosakkan tanah perkuburan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.

Lebih memeranjatkan, haiwan omnivor tersebut mengorek tanah tersebut dan makan mayat penduduk setempat!

Macam tak percaya jer beruang makan mayat, kan?

Pun begitu, apa yang berlaku di Kampung Dakoh, Pos Balar tersebut benar-benar menakutkan sehingga penduduk setempat tak senang duduk.

Lapor media tempatan termasuk Sinar Harian, haiwan liar itu memang pernah dilihat berkeliaran di kawasan perkuburan.

Menurut seorang penduduk Orang Asli, Mazlan Aluij, beliau mendakwa terkejut apabila pusara arwah isterinya yang meninggal pada 1 Disember lalu dirosakkan dan sebahagian anggota badan telah dimakan.

beruang korek kubur

Mazlan sendiri tidak menolak ia kemungkinan besar memang angkara si beruang ‘bertuah’ itu.

Ini kerana beliau mengakui pernah terserempak dengan binatang ganas sama di kawasan rumahnya.

Lelaki tersebut sempat menyergah beruang tersebut yang cuba untuk menerkam anjing peliharaannya.

“Beruang itu terus berlari ke kawasan kubur yang terletak hanya kira-kira 300 meter dari rumah,” dakwanya kepada pihak media.

beruang korek kubur

Namun, Mazlan betul-betul tak sangka kubur isterinya menjadi sasaran keganasan beruang yang mungkin betul-betul sedang lapar.

BERUANG CARI DURIAN

Sebelum kejadian itu berlaku, rata-rata penduduk pula mendakwa, pernah melihat haiwan sama yang mahu mencari durian di kawasan rumah mereka.

Bila dah tahap makan mayat manusia, sudah tentunya insiden berkenaan dipanjangkan kepada pihak berwajib.

Setakat artikel ini ditulis, reaksi pihak berkuasa belum lagi diperoleh.

beruang korek kubur

Tak tahulah apa nasib beruang tu nanti, sure kena tangkap. Tertanya-tanya juga apa ‘hukuman’ yang akan dijatuhkan, tapi mustahillah kan…

Namun, paling penting keselamatan penduduk perlu diutamakan kerana bimbang mengancam nyawa mereka.

Baca juga Beruang sempat hancurkan tengkorak, ajal pemburu ditangan haiwan ditembak sendiri

Haiwan ni kalau dah lapar tahap ‘gaban’, mesti semua benda mahu diterkamnya untuk isi perut.

Hasil tinjauan SinarPlus, banyak juga kes membabitkan haiwan liar yang makan mayat dilaporkan berlaku di negara ini.

Iklan

beruang korek kubur

Antara kes tersebut:

1) Pada tahun 2017, penduduk di Sungai Padas, Beaufort, Sabah gempar dengan penemuan mayat di dalam sungai yang dimakan haiwan liar.

2) Mayat bayi yang ditemui di tepi kandang lembu di belakang Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada tahun 2018 dipercayai dimakan haiwan liar kerana sebahagian badan mangsa sudah tiada.

Baca juga [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

3) Penemuan mayat reput di Kampung Chekar, Wakaf Linchong, dekat Pasir Puteh, Kelantan yang berlaku pada tahun 2021 itu dipercayai dimakan haiwan liar.

beruang korek kubur

Iklan

Satu lagi kes pernah berlaku di wilayah Kamchatka, Rusia apabila seekor beruang dikatakan menggali tanah perkuburan dan makan lebih 20 mayat.

Kejadian yang berlaku pada tahun 2018 itu cukup menyedihkan apabila sisa badan mangsa berselerak.

Baca juga Wanita tenang diusap beruang, apa yang berlaku lepas itu sungguh tak disangka⁣

Paling sedih, keranda mayat bayi juga dirosakkan dan dimakan.

Moga kejadian ini tak berulang lagi dan keselamatan penduduk juga terpelihara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi