BERNIAGA sepanjang musim Covid-19 cukup mencabar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berjinak-jinak mencari sumber rezeki baharu dengan berniaga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memang tidak dinafikan ramai yang terjejas dek penangan wabak virus korona gara-gara penutupan operasi syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan.

Tidak kurang juga, ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang berusaha mencari rezeki sampingan dengan menjual makanan demi membantu keluarga meneruskan kelangsungan hidup.

Ada juga ibu-ibu mempertaruhkan resipi keluarga untuk menarik pelanggan seperti yang dijual seorang peniaga di Lorong Mastam, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.

makcik niaga

Bagi yang pernah membeli juadah masakan berlauk tengah hari itu, pelbagai jenis menu masakan tradisi mak, masakan orang lama-lama boleh didapati dan harganya dikatakan cukup murah dan sedap.

Malah ada yang kata, rindu dengan masakan mak di kampung sebaik sahaja menjamah lauk tersebut. Sedap macam mak masak!, kata rata-rata mereka.

Perkongsian seorang warganet, Alia Sakura dalam Facebook menceritakan pengalamannya yang pertama kali membeli masakan tersebut dan teruja apabila harga yang dikenakan cukup berbaloi.

Antara kata-katanya:

Saya dah makan, sedap tak tipu. Memang masakan mak-mak ini. Saya ambil sambal sotong, sambal petai, ayam, ikan, daging masak hitam/kicap, sayur-sayuran dan telur lagi untuk tiga set. Total semuanya RM20 saja.

Nasi bajet juga dijual pada harga RM6 sahaja.

Tulis Alia lagi, beliau turut mengajak orang ramai untuk menyokong perniagaan makcik yang mungkin baru mula berniaga.

makcik niaga

“Tanya juga dekat makcik itu, ramai tak pelanggan yang datang beli? Katanya tak ramai lagi, mungkin sebab hujan dan jalan agak becak. Lagipun makcik ini just open table saja dekat hentian bas.

“Jom support. Makcik itu buka jam 11 pagi hingga 3 petang. Ahad saja tutup,” tulisnya dalam hantaran yang dikemas kini selepas menerima pertanyaan dalam kalangan rakan Facebook.

Iklan

Rata-rata warganet yang mengikuti perkongsian itu turut teruja apabila harga yang ditawarkan cukup murah.

makcik niaga

Ada yang berkongsi rasa kasihan melihat makcik tersebut berniaga di tempat itu, namun tidak kelihatan pelanggan.

makcik niaga

Iklan

Tidak kurang juga ada yang mendoakan makcik tersebut murah rezeki.

makcik niaga

Tidak mudah sebenarnya untuk mencari rezeki ketika musim Covid-19 jika hati tidak cekal kerana jika berdepan dengan risiko tidak laku dan tiada pelanggan boleh buat hati kecewa dan putus asa.

Bantulah peniaga kecil-kecilan yang ada supaya mereka lebih bersemangat untuk berniaga. Mana-mana peniaga yang jual makanan sedap dan murah wajar disokong lagi-lagi ketika PKP.

Ibu-ibu yang bekerja juga senang hati apabila dapat membeli lauk dengan banyak pada harga yang murah dan pada masa sama, membantu membuka rezeki kepada peniaga kecil khususnya ibu tunggal. #janganputusasamalaysia