WAH tak sangka bossku jadi model baju Melayu! Barangkali mood nak raya tidak lama lagi, bekas perdana menteri itu buat comeback yang tidak disangka.

Jika sebelum ini post di Facebook sangat mencuit hati lebih-lebih jika berkaitan jenaka sinis dengan pemimpin pembangkang, namun kini kemunculan sebagai duta untuk produk Bumiputera.

Walaupun rakyat tidak dibenarkan beraya di kampung atau berkunjung ke rumah-rumah namun tak salah membeli baju Melayu untuk diri sendiri.

Baju Melayu jenama Bossku Signature yang direka khas oleh Hamizan Osman ternyata sinonim dengan populariti Datuk Seri Najib Tun Razak.

boosku
SEORANG pekerja Hamizan mengambil ukuran baju Najib di kediaman bekas Perdana Menteri itu bagi tujuan sesi fotografi.

Apabila ditanya mengenai pemilihan jenama unik itu, Hamizan tidak menolak dek kerana pengaruh Ahli Parlimen Pekan yang trending.

“Orang juga dah terima dan guna meluas gelaran Bossku tu. Tak sangka pula beliau setuju dan paling terharu tiada caj dikenakan. Beliau kata yang penting nak tolong Bumiputera dan orang yang baru nak mula meniaga macam saya.

bossku
HAMIZAN (berdiri, kanan) menunjukkan koleksi Bossku Signature yang siap untuk dijual kepada pelanggan.

“Dari situ, banyak idea yang beliau berikan tentang bagaimana nak kembangkan perniagaan dan perancangan seterusnya,” katanya teruja apabila sambutan diberikan cukup menggalakkan.

Tidak sampai tiga bulan, jualan terhad hanya 1,000 pasang baju Melayu Bossku Signature itu terus mendapat perhatian dengan 10 jenis pilihan warna menarik.

Iklan

Apa yang menarik, menggunakan kempen promosi #BerayaBersamaBossku, baju Melayu tersebut dijual pada harga RM159 sepasang menggunakan material berkualiti.

 

Iklan