SUDAH menjadi kebiasaan ramai warganet yang suka berkongsi kisah-kisah sedih atau berunsur inspirasi dalam media sosial.

Tidak kiralah kisah seperti warga emas yang masih membanting tulang berniaga demi mencari sesuap nasi atau golongan kelainan upaya yang mampu berjaya dengan kudrat sendiri. Pendek kata, macam-macam cerita ada.

Pun begitu, ada satu perkongsian seorang pemilik Twitter ini menarik perhatian ramai.

pakcik pelam

Kalau sesiapa yang datang Bank Islam, Ipoh, Perak bolehlah beli mempelam daripada pakcik ini, tak pun sedekah duit pada dia. Pakcik ini akan doakan korang, dapat tengok muka dia yang gembira.”

Gambar yang dikongsikan boleh bikin drama air mata.

Masakan tidak, seorang pakcik tua yang berkopiah putih duduk bersimpuh di tangga di hadapan sebuah bank dengan beberapa bungkusan.

pakcik pelam

Bungkusan buah itu dihamparkan di atas bekas berwarna putih dan warga emas itu setia menunggu pelanggan yang keluar masuk premis tersebut.

Bukan sahaja pemilik akaun Twitter ini terserempak dengan pakcik itu, ada rupanya warganet lain berkongsi kisah sama.

pakcik pelam

Pernah bagi duit dekat pakcik ni, berapa entah lupa. Dia bagi semua pelam yang dia ada. Terdiam sat aku.” – @adamnazarein

Samalah tadi pun masa bagi duit, kemudia saya berdiri dekat tepi kejap, lepas itu, dia nak bagi mempelam, tapi saya cakap tak mengapalan pakcik, saya niat ikhlas sedekah sebab boleh dia jual pada orang lain pula dan boleh dapat duit lagi.” – @NothingHeresis

Bukan mahu meminta sedekah tetapi mahu mencari duit untuk belanja harian.

Pernah juga bagi duit dekat pakcik ni niat nak sedekah saja, kemudian pakcik ni bagi juga buah dan cakap ‘pakcik bukan minta sedekah, pakcik nak niaga, nak belanja hari-hari.” – @epiqishy

pakcik pelam

Kalau boleh, jangan bagi sekadar bagi duit, walau niat kita untuk bersedekah, sebab dia nak menjual, dia tak nak orang ramai fikir dia minta sedekah. Anggap sajalah itu sistem barter walaupun hanyalah plastik tisu.” -@afifahhhj

Famili saya selalu beli mempelam dengan pakcik ni, kalau ke sana, tak beli pun, mesti hulur sikit tapi pakcik tu tetap akan bagi mempelam dia sebagai tanda terima kasih.” – @nasein

Iklan

Tidak kurang ada yang mendoakan supaya dimurahkan rezeki.

Baik sungguh hati awak nak tolong sesama insan yang serba kekurangan. Semoga ALLAH memudahkan rezeki awak dan kita semua. Amin.” – @sadri_rifai

pakcik pelam

Ya ALLAH terasa hiba hati aku tengok pakcik ni. Ya ALLAH permudahkanlah dan perluaskanlah pintu rezeki pakcik ni. Amin.”- @acutiepi3

Hari tu datang pada waktu petang, jadi beli habis apa pakcik ni jual. Sayur pakcik ni segar tau. Alhamdulillah seronok pakcik tu rezeki dia.” – @syamiranorli

Iklan

Ada benda ‘rare’ di samping pakcik itu membuatkan ramai warganet tertanya-tanya.

pakcik pelam

Mana pakcik tu dapat kotak peluru tu.” – @iedan9_

Bekas askar ke ayah pakcik ni askar ke, atuk pakcik ni askar ke…” – @asrafkun

Aduhai…cekap betul warganet ini kan? Kotak peluru pun jadi tanda tanya. Apapun salute dengan sikap prihatin warganet yang sentiasa membantu walau di mana juga mereka berada.