DUGAAN pandemik Covid-19 membuatkan bisnes katering Aminah Mat Jusoh, 42, terjejas teruk.

Bagaimanapun, beliau tidak cepat melatah, sebaliknya menjadikan pengalamannya sebagai tukang masak kerabat Diraja Brunei sebagai platform menganjurkan kelas masakan.

Tidak cukup dengan itu, ibu tunggal tersebut turut mengambil upah dengan menjahit pakaian. Bahkan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usahawan Burgernita direbutnya dengan hati terbuka.

Burgernita bantu ibu tunggal

Kata Aminah, demi kelangsungan bersama tiga anak-anak, beliau sanggup menjual burger sehingga lewat malam.

“Syukur alhamdulillah, percaturan saya mengikuti Burgernita memang tepat. Rezeki jualan burger ini membuatkan saya menarik nafas lega sebab sambutan cukup menggalakkan,“ katanya.

Iklan

Wanita gigih itu berkata, beliau percaya dengan inisiatif Kelab Wanita Ikon Malaysia yang mampu mengubah kehidupannya.

Burgernita bantu ibu tunggal

Iklan

Justeru, beliau menggalakkan para wanita khususnya ibu tunggal atau mereka yang kehilangan kerja menceburi bidang bisnes Burgernita.

“Bantuan modal berupa gerai mudah alih dan bahan mentah seperti daging burger dan sos memberi kelegaan buat kami sebagai usahawan baharu. Kami hanya perlu mengeluarkan bayaran kurang RM300 sebagai modal komitmen diri.

“Bagi saya, apa yang penting, kesungguhan diri untuk berjaya kerana bantuan untuk ibu tunggal memang cukup banyak,“ tuturnya.