DEMI memastikan negara dapat membendung wabak Covid-19 sebaik mungkin, semua pihak memainkan peranan penting untuk bersama menurunkan kes jangkitan saban hari.

Bukan sahaja golongan frontliners, bahkan rakyat marhaen juga menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakkan sosial dan penjagaan kebersihan diri.

Tidak dapat dinafikan, pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri telah memberi beberapa impak.

Antaranya kepada mereka yang sudahpun merancang tarikh perkahwinan.

wedding

Pastinya, ada segelintir bakal pengantin yang hatinya berbolak-balik sama ada mahu diteruskan atau ditangguh, tetapi dengar cerita, terdapat ramai yang tetap melakukannya walaupun SOPnya sangat ketat.

Namun, tindakan seorang anggota polis ini yang viral di media sosial menarik perhatian warganet.

Masakan tidak, beliau sanggup menangguhkan tarikh nikahnya demi tugas kepada negara tercinta.

Foto Ahmad Zaim Nasreen Musa yang memegang sebuah plakad yang tertulis “Sepatutnya hari ini saya nikah 17.01.2021” turut telah mendapat perhatian Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

abang polis

Dalam medium Facebooknya, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu memberi tabik hormat kepada anggota polis terbabit yang sanggup berkorban demi tanah air tercinta

Antara kata-kata Ka Siong:

“Tabik hormat!
Demi tugas, demi negara, anggota keselamatan kita sedia berkorban apa saja…Anggota keselamatan, Ahmad Zaim Nasreen Musa sepatutnya meraikan hari bahagia beliau dengan pasangannya, Mas Ayuvita Azizul di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan hari ini 17 Jan 2021.
Namun demi tanggungjawab kepada negara, Ahmad Zaim menangguhkan hari bahagianya. Satu pengorbanan yang amat besar. Hargailah jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan negara kita.”

Bukan calang-calangkan? Menteri pun tabik hormat kepada anggota keselamatan ini.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian itu turut menitipkan kata-kata semangat buat golongan frontliners yang masih berjuang untuk negara.

abang polis

abang polis

Iklan

Tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih atas pengorbanan yang dilakukan demi negara.

abang polis

abang polis

Bukan sahaja anggota polis, golongan frontliners lain dalam bidang kesihatan juga wajar dipuji.

abang polis

Iklan

Meskipun ada juga komen-komen nakal, namun seorang warganet ini ada mohon semua faham konsep #dudukdirumah.

abang polis

Buat petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas tanpa henti, SinarPlus turut tabik hormat dengan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi itu.

Buat semua, ayuh kita patuhi SOP dan ikut cakap Abah ya! #kitajagakita #kitabelummenang