BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Derita yang ditanggung adik Abdul Qayyum Mohd Asri itu bukan calang-calang.

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu disahkan sindrom down dan pada masa sama, menghidap kanser darah (Acute myeloblastic leukemia).

Allahuakhbar! Sejak dilahirkan, anak bongsu daripada enam beradik itu dikatakan memiliki jantung berlubang dan terpaksa ditahan wad selama lebih sebulan.

adik qayyum sindrom down kanser darah

Pun begitu, derita si kecil itu tiada noktah. Ketika umurnya sembilan bulan, ujian bone marrow aspiration (air tulang sumsum) menunjukkannya ada kanser darah.

Menurut kata ibunya, Fauziah Mat Desa, 44, kerap demam dan selalu nampak pucat membuat hatinya sering gelisah.

Lebih membimbangkan, badan anaknya itu akan naik biji-biji merah pada muka dan badan, malahan akan mudah lebam sekiranya terlanggar sesuatu.

“Saya selalu perasan keadaan Qayyum seperti itu dan selepas dapat tahu ada kanser darah, kami terus bawanya ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan kemoterapi.

” Kami ingatkan selepas berhenti rawatan kemoterapi, Qayyum akan kembali sihat, namun demam pada 16 September lalu membuatkan kami tersentak,” katanya penuh sebak.

adik qayyum sindrom down kanser darah

Masakan tidak, adik Qayyum yang dimasukkan hospital semula disebabkan demam biasa rupa-rupanya disahkan mengalami masalah buah pinggang bernanah.

Bukan itu saja, paru-paru dan limpa juga bernanah kerana jangkitan kuman sehingga terpaksa dimasukkan ke wad selama lebih tiga bulan.

Meskipun keadaannya kini semakin baik, namun si kecil itu terpaksa bergantung kepada ubat berikutan buah pinggang masih ada jangkitan.

Disebabkan kekerapan rawatan ke hospital ditambah kos ubat-ubatan berterusan, keluarga yang bergantung kepada pendapatan suami, Mohd Asri Abdul Hamid, 47, yang bekerja sebagai buruh kampung itu terbeban.

Iklan

Upah yang diterima hanya kira-kira RM1,000 kadang-kadang tidak mencukupi untuk menanggung dua anak yang masih sekolah.

Bagi meringankan beban, MyHeart mengambil inisiatif melancarkan kempen We Care For You Kempen Kanser bagi membantu keluarga yang menetap di Kampung Tanah, Alor Setar, Kedah tersebut.

adik qayyum sindrom down kanser darah

Bantuan dana sebanyak RM5,500 diperlukan untuk membiayai kos pengangkutan ke hospital, susu dan lampin pakai buang.

Iklan

Orang ramai yang prihatin dan ingin membantu, boleh menyalurkan dana terus ke akaun PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA [CIMB BANK] 8603092023.

Boleh juga tulis nama Qayyum sebagai rujukan sumbangan bagi memudahkan pihak MyHeart.

Untuk lebih mudah, orang ramai boleh klik terus kepada Tabung Qayyum.

Moga beban yang ditanggung keluarga itu dapat diringankan dan marilah kita menitip doa supaya adik Qayyum cepat sihat ya!