Diserang sakit misteri, muntah keluar rambut dan histeria sampai panjat dinding, ibu ini kongsi kisah sedih anaknya

histeria, sakit misteri
July 21, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

BERMULA dengan muntah darah dan lemah badan selepas menjaga abangnya yang sakit di hospital, gadis ini kemudiannya dikatakan diserang penyakit misteri yang membuatkan ramai meremang bulu roma apabila melihat perubahan tingkah lakunya.

Ia bukan cerita sebuah drama atau filem, apa yang berlaku kepada Aleeya Maisara Hasbullah yang berusia 15 tahun itu benar dan real.


Entah datang dari mana, Aleeya Maisara difahamkan telah diserang histeria.

histeria, sakit misteri

histeria, sakit misteri

Apabila insiden itu berlaku, beliau tanpa sedar telah memanjat dinding dan beberapa lagi perlakuan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bagi mengelak kejadian yang lebih buruk lagi, keluarganya tiada pilihan lain selain terpaksa mengikatnya tanpa kerelaan.

Iklan

Bukan tiada usaha dilakukan, malah ibu gadis tersebut, Rozita Ramli telah memanggil beberapa pakar perubatan Islam demi menyembuhkan anak bongsu daripada tiga beradik tersebut.

Baca juga Berat dugaan wanita ini, tiga anaknya diuji pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang tahap 5, muntah darah

Iklan

Namun, sehingga ke hari ini, masih menemui jalan buntu.

Video yang dikongsikan Rozita membuatkan ramai tersentuh lebih-lebih lagi seorang lagi anaknya, Muhammad Azri Danial Hasbullah, 17, atau Acik juga sakit teruk akibat sakit buah pinggang tahap lima.

histeria, sakit misteri

Sebelum itu, anak sulungnya, Muhammad Asyhraf meninggal dunia dua tahun lalu ketika berusia 21 tahun akibat penyakit sama dideritai Acik.

Selain ‘aksi’ Aleeya Maisara atau disapa sebagai Adik diganggu, wanita berusia 43 tahun itu turut memuat naik video luahan rasa sedihnya mengenangkan nasib anak-anaknya yang sakit teruk gara-gara dikatakan buatan orang.

Tulis Rozita, hatinya rindu untuk melihat senyuman anak-anak manja Adik dan Acik.

“Sedih sangat-sangat apabila Acik beritahu mama jaga diri kalau Acik tak ada lagi. Bayangkan macam mana perasaan bila dengar perkataan itu?

histeria, sakit misteri

“Hanya mampu menangis dan kuat depan anak-anak. Jujurnya sakit sangat-sangat hati ini bila dengar anak cakap macam itu,” tulisnya.

Yakin dan tawakal dengan usaha yang dibuat, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memohon bantuan orang ramai.

“Mohon rakyat Malaysia bantu doakan dan sumbangkan dana untuk bantu kos perubatan Adik dan Acik. Semoga ALLAH dapat membalas jasa semua.

histeria, sakit misteri

“Kami mohon sangat-sangat doa kamu semua demi ALLAH. Sedih bila Acik kata dia dah mati ke? Allahuakhbar sedihnya rasa hati bila anak cakap macam itu.

“Moga hari yang baik, hari raya ini doa dimakbulkan,” tulisnya lagi.

Jika menonton video yang dikongsikan di media sosial tersebut, pasti ramai tidak menyangka pada zaman milenial ini, masih wujud unsur-unsur sihir dalam masyarakat.

Rata-rata yang mengikuti perkongsian tersebut turut bersedih dan memohon keluarga Rozita terus kuat berdepan dugaan.

histeria, sakit misteri

Ramai juga yang turut mendoakan anak-anaknya cepat sembuh.

histeria, sakit misteri

Moga ada keajaiban untuk keluarga ini.

histeria, sakit misterihisteria, sakit misteri

Tidak kurang juga ada yang membantu untuk meringankan beban.

histeria, sakit misterihisteria, sakit misteri

Ramai yang meminta supaya berpindah ke tempat lain buat sementara waktu.

histeria, sakit misterihisteria, sakit misteri

Semoga dapat jumpa orang yang betul-betul dapat mengubati sakit tersebut.

histeria, sakit misteri

Terdahulu, pada Ahad lalu, SinarPlus pernah menyiarkan kisah Rozita yang memohon bantuan orang ramai untuk membantu menanggung bebanan kos perubatan Acik.

Disebabkan hilang punca pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, keluarga itu tidak dapat berniaga seperti biasa dan wang simpanan kian susut untuk menanggung kos perubatan anak-anak.

Moga keluarga ini terus kuat dan anak-anaknya yang sakit diberi kesembuhan. #kitalaluibersama #perkasakansuaraMalaysia

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman